Guan Eng yakin Anwar jadi PM pada November - pakdin.my

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada keperluan untuk Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh peralihan kuasa kerana Dr Mahathir Mohamad sudah menyatakan beliau akan berundur selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada November ini.

Menteri kewangan itu juga yakin peralihan kuasa itu akan berlaku seperti dijanjikan Mahathir.

“Ini akan berlaku akhir tahun ini, ia tidak lama dari sekarang.

“Beliau sudah berjanji (akan berundur),” katanya selepas penyerahan cek kepada Jabatan Kemajuan Islam malaysia (Jakim) untuk menyelenggara dan menaik taraf sekolah agama di sini, hari ini.

Malam tadi, Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau mahu peralihan kuasa daripada Mahathir kepadanya dilakukan secara aman atas “kerelaan perdana menteri sendiri”.

Katanya, peralihan kuasa perdana menteri perlu dibincangkan secara “aman” walaupun tekanan daripada sesetengah pemimpin PKR yang mahu proses itu dipercepatkan.

Semalam, Mahathir dilaporkan sedia melepaskan jawatannya pada bila-bila masa atas permintaan Majlis Presiden PH.

Kenyataan itu menyusul selepas beberapa ahli Parlimen PKR mencadangkan Mahathir menyerahkan kuasanya kepada Anwar pada Mei nanti.

UTAMAPOLITIKGuan Eng yakin Anwar jadi PM pada November

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium