Gubal akta khas lindungi kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu - pakdin.my

pemuda-umno-selangor-kedah-kenyataan
Kerajaan didesak supaya menggubal satu akta khas bagi melindungi kemuliaan dan kesucian institusi Raja-Raja Melayu dengan memperuntukan hukuman berat terhadap mereka yang melakukan sebarang bentuk penghinaan.

Melalui sidang akhbar bersama antara Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan Selangor di sini hari ini, kedua-dua pihak turut menggariskan enam lagi cadangan yang dirasakan perlu bagi menghalang perkara itu daripada terus berleluasa termasuk melucutkan taraf kewarganegaraan individu yang didapati bersalah.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi mengecam kebiadaban Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Setar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiou Leong yang mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan Menteri Besar yang baharu.

 

UTAMABERITAGubal akta khas lindungi kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium