Gudang karpet di Nilai 3 musnah terbakar - pakdin.my

gudang-karpet-nilai3-terbakar-2

Sebuah gudang karpet terbesar di Pusat Borong Nilai 3, dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 6.50 petang tadi.

Menurut sumber bomba dan penyelamat negeri, api marak dengan cepat dan menjulang tinggi sehingga boleh dilihat pada jarak yang jauh serta memusnahkan sebahagian besar gudang menyimpan dan menjual karpet di Nilai 3 itu.

gudang-karpet-nilai3-terbakar-1
Ketika ini kerja-kerja memadamkan kebakaran masih berlaku di tapak gudang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kebakaran tersebut.

UTAMABERITAGudang karpet di Nilai 3 musnah terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium