31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Guna Kaedah Lambakan Turun Harga Barang – Dr Hilmi

pasar-sibu-1
Kerajaan disaran agar melaksanakan kaedah lambakan sebagai alternatif untuk menurunkan harga barang.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kaedah itu perlu bagi memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna selain membolehkan pengguna menikmati harga barang lebih rendah.

“Apabila kita menggunakan kaedah lambakan dalam memasarkan barang, peniaga tidak boleh menaikkan harga secara mendadak disebabkan lambakan barang yang banyak.

“Kita lambakkan barang-barang di pasar tidak kira apa juga barang sama ada makanan, pakaian dan sebagainya. Jika dilambak banyak-banyak maka harga barang akan turun dan murah,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan Ops Catut bersama para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri di Pasar Awam Balik Pulau di sini, Ahad.

Turut sama Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri (1) Chin Ching Chung.

Dr Hilmi berkata, beliau menyifatkan tindakan memboikot peniaga merupakan tindakan negatif, sebaliknya tindakan positif boleh diambil bagi menurunkan harga barang dengan menggunakan cara lambakan.


Diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk boikot peniaga bagi menurunkan harga barang, beliau berkata apa yang dimaksudkan menteri berkenaan adalah menyeluruh dan tidak hanya ditujukan kepada peniaga Cina semata-mata.

Beliau juga manyarankan agar kerajaan mengkaji semula dasar monopoli barangan import dan eksport bagi mengatasi kenaikan harga barang yang tinggi.

“Saya berharap kerajaan kaji semula dasar sekarang. Jika ada monopoli, akan ada masalah, ada orang kawal harga, kita (pengguna) dapat harga yang mahal.”Semasa saya ke Bangkok baru- baru ini, harga beras lima peratus hancur bagi harga borong di sana ialah RM1.40 sekilo, tetapi di Malaysia sekilo harganya RM2.40 hingga RM2.60, banyak bezanya.

“Jika tiada monopoli, maka lebih ramai peniaga akan meletakkan atau menjual barang dengan lebih murah,” kata Dr Hilmi.

Mengenai perkembangan kes denggi, beliau berkata sebanyak 14,180 kes dicatatkan bagi tempoh awal Januari hingga Jumaat lalu (6 Feb) berbanding 9,008 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, dalam minggu ini sahaja, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan Selangor kekal sebagai negeri paling tinggi mencatat kes iaitu 1,286.

Berita Berkaitan

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun...

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...