25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Guna media sosial tepis dakyah, bukan 'berselfie' – Puteri UMNO Kelantan

puteri kelantan nurul amal

Anggota Puteri UMNO perlu memperhebatkan penggunaan media sosial untuk menentang dakyah pembangkang, bukan sekadar ‘berselfie’ atau ‘bergosip’ sahaja, kata wakil Puteri UMNO Kelantan Nurul Amal Mohd Fauzi.

Beliau berkata pergerakan itu harus menggunakan medium seperti Facebook untuk menyampaikan maklumat ke semua 191 bahagian supaya anggota di peringkat akar umbi tidak ketinggalan dalam mengikuti isu dan perkembangan semasa.

“Sekarang ini kita tak perlu nak asah keris, bawa pedang macam orang dulu-dulu berperang di dunia nyata. Kita berperang di dunia maya.

“Bukan sekadar bergosip, berselfie dan memuat naik gambar makanan sampai jadi macam menu restoran,” katanya ketika membahaskan usul politik pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2015 di sini hari ini.

Wakil Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Suzanna Shahrom pula mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat diwujudkan semula bagi menangkis isu penghinaan terhadap agama Islam, hak Bumiputera dan institusi raja-raja Melayu di media sosial.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan berkata cadangan itu dibuat bagi memperkukuhkan peranan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan itu kini dilihat tidak berfungsi dengan begitu berkesan berbanding sebelum tahun 2004 apabila ia diletakkan di bawah kementerian yang berkaitan yang ketika itu dilihat mempunyai organisasi yang lebih mantap dan tersusun, katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.