30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Guru anjur pesta liar di pangsapuri

KUALA LUMPUR — Seorang guru lelaki sekolah rendah ditahan polis selepas beliau dipercayai menganjurkan pesta liar di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama pagi tadi.

Pemangku ketua polis daerah Brickfields berkata ujian air kencing susulan serbuan jam 3.30 pagi mendapati guru berusia 34 tahun positif dadah jenis amphetamin dan methaphetamine, lapor Harian Metro.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menahan 13 individu termasuk lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun,” kata Supt Arifai Tarawe. 

Beliau berkata sebanyak 39 pil ekstasi, 10 pil erimin 5, ketamin seberat 3.62 gram dan dua kapsul methylenedioxymethamphetamine (MDMA) turut dirampas.

Semua yang ditahan direman empat hari manakala kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.  

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...