28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Guru Besar Hilang: Operasi Mencari Ditangguh

guru-besar-hilang-kuala-kubu-bharu-yakin-ditemui

Pihak berkuasa kini menangguh usaha carian guru besar hilang, Jashiah Rabu di hutan simpan Bukit Kutu.

Keputusan ini dibuat selepas operasi selama lebih dua minggu tidak memberikan sebarang hasil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Abdul Rahman Yahya Zikri berkata para pegawai telah mencari setiap inci hutan simpan itu di mana Jashiah dikatakan hilang.

Beliau menambah tidak ada bukti yang telah ditemui mencadangkan berada berada di kawasan itu.

“Kita tidak tahu sama ada dia berada di sana atau tidak. Kita tidak menemui apa-apa yang dapat menyokong petunjuk bahawa dia mungkin telah meninggal dunia atau berada di kawasan lain,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata tidak ada perkembangan baru sejak usaha mencari dan menyelamat bermula.

“Jika terdapat sebarang maklumat baru tentang di mana dia berada, kita akan memulakan semula carian,” kata Abdul Rahman.

Beliau berkata antara 80 hingga 100 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk tempatan telah mengerah keringat melakukan trekking di kawasan hutan simpan di tujuh sektor yang luas untuk mencari Jashiah.

Guru besar SK Taman Keramat Satu berusia 53 tahun itu dilihat meninggalkan rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Oktober.

Beliau dilaporkan menuju ke hutan simpan itu dan telah mendaki sejauh kira-kira 10km sebelum hilang.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan