26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Guru Besar Hilang: Operasi SAR Guna Alat Kesan Haba Badan 'Thermo Camera'

guru-besar-hilang-kuala-kubu-bharu-yakin-ditemui

KUALA KUBU BAHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu yang masuk hari ke-10 ditingkatkan dengan penggunaan alat mengesan haba badan ‘Thermal Camera’.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata penggunaan alat itu mampu mengesan haba badan manusia sejauh 500 meter.

“Alat ini dapat mengesan haba dengan efektif dan kita harap ia dapat membantu mengesan Jashiah,” katanya kepada pemberita di pusat operasi SAR di Kampung Buluh Telur dan Bukit Kutu, di sini, Rabu.

Wartawan Bernama yang berada di lokasi sehingga operasi harian SAR berhenti rehat pada pukul 5.30 petang, dimaklumkan anggota pencarian masih belum menemui tanda positif hasil penggunaan alat itu hari ini.

Supramaniam berkata seramai 74 anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bombadan Penyelamat, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, malim gunung dan Pegawai Pendidikan Daerah terlibat dalam SAR hari ini.

Beliau berkata operasi SAR hari ini dibahagi kepada tiga sektor dengankawasan pencarian meliputi pinggir Bukit Kutu dan kawasan kebun kelapa sawit, di sini dengan keluasan dua kilometer radius.

Mengenai penemuan sehelai baju tidur, pakaian dalam, kapas dan pisau kira-kira dua kilometer dari pusat operasi hari ini, Supramaniam berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan barangan itu milik mangsa.

“Kita sedang menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk mengesahkan sama ada barangan berkenaan milik mangsa atau tidak,” katanya.

Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada 23 Oktober lalu dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.

thermal-camera

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Komen

..

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan