Guru Besar Hilang: Sekolah Adakan Solat Hajat - pakdin.my

guru-besar-hilang-kuala-kubu-bharu-solat-hajat

Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat Satu di sini mengadakan solat hajat hari ini bagi mendoakan keselamatan guru besar sekolah itu yang dilaporkan hilang.

Jashiah Rabu, 53, disyaki hilang di kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu sejak Ahad, selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada Jumaat.

Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan, Ahmad Azizi Alias berkata pihaknya mendoakan supaya wanita itu ditemui dalam keadaan selamat.

“Hari ini kita adakan solat hajat di sekolah. Insya-Allah kita akan adakan solat hajat ini secara berterusan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahmaz Azizi berkata beliau sentiasa berhubung dengan Jashiah walaupun wanita itu tidak bertugas kerana bercuti sakit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata, sepasukan 46 pencari dan penyelamat merangkumi Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Renjer memulakan operasi yang masuk hari kelima hari ini pada 9 pagi tadi.

“Operasi akan kita teruskan dan setakat ini, kita masih belum ada apa-apa perkembangan terbaharu,” katanya kepada Bernama.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang Jumaat dan dikatakan berjalan kaki dan menumpang kereta sejauh kira-kira 10 km ke satu perkampungan Orang Asli, sebelum dilihat menghala ke hutan simpan berkenaan.

UTAMAPOLITIKGuru Besar Hilang: Sekolah Adakan Solat Hajat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium