Guru dedahkan RM80 juta dirompak dari Kementerian Pendidikan - pakdin.my

Heboh di media sosial hari ini mengenai pendedahan seorang guru mengenai harga dan kualiti pembekalan pembesar suara yang dibekalkan kepada sekolah.

Mereka mahukan SPRM menyiasat tangan ghaib di Kementerian Pendidikan yang terlibat didalam penipuan pembekalan tersebut.

Pembesar suara yang dibekalkan ke sekolah-sekolah dengan harga RM6,000 setiap unit dan setiap sekolah merima 2 unit pembesar suara yang berjumlah RM12,000.

Guru tersebet mengambil inisiatif menyemak harga sebenar pembesar suara tersebutdi kedai dan jualan secara atas talian mendapati harga pembesar suara yang berenama SHUPU tersebut adalah sekitar RM1,500 bagi 1 unit.

Menurut guru terbabait jika perutukan RM6,000 itu mereka mampu membeli set pembesar suara dengan jenama yang lebih baik seperti Yamaha 500watt.

Netizen mempersoalkan apa yang Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik lakukan di kementeriannya sehingga ‘rompakan’ dengan jumlah besar boleh berlaku di ementerian beliau.

Daripada RM12,000 dibelanjakan untuk sebuah sekolah bagi tujuan tersebut, RM9,000 telah dirompak.

Netizen juga mempersoalkan, adakah rompakan ini berlaku di semua sekolah di seluruh Malaysia?

Jika ya, ini bermakna sekurang-kurang 8841 buah sekolah telah dirompak dari hasil membekalkan pembesar suara ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM79,569,000.

Kita tunggu pendedahan lain yang mungkin lebih besar.

UTAMABERITAGuru dedahkan RM80 juta dirompak dari Kementerian Pendidikan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium