28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Hacker Militan IS Yang Ditahan Di Sini Merupakan Pelajar Kosovo, Ardit Ferizi

Ardit kini berada dalam tahanan polis Bukit Aman
Ardit kini berada dalam tahanan polis Bukit Aman

Pakar godam militan negara Islam (IS) yang ditahan oleh Bukit Aman telah dikenal pasti sebagai Ardit Ferizi, seorang warga Kosovo, yang mengetuai sel penggodam yang dinamakan ‘Kosovo Hacker’s Security’.

Suspek berusia 20 tahun itu juga dikenali dengan nama penggodamannya, ‘Th3Dir3ctorY’.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) berkata tangkapan Ardit dibuat berdasarkan waran tangkap sementara di mana dia didakwa memberikan sokongan material kepada IS dan melakukan penggodaman komputer serta mendedahkan maklumat peribadi (PII) pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan AS.

“AS memohon dia diekstradisi ke Pejabat Peguam Negara bagi Daerah Timur Virginia untuk dibicarakan,” kata jabatan itu pada Jumaat.

Ardit juga didakwa menggodam sistem komputer syarikat mangsa yang terletak di AS dan mencuri PII beribu-ribu individu lain.

“Dia kemudian memberikan lebih 1,000 PII pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan AS kepada ISIL yang akan digunakan terhadap pekerja-pekerja,” kata kenyataan itu.

“Di antara Jun dan Ogos 2015, Ferizi memberikan PII yang diperolehi secara tidak sah kepada anggota IS Junaid Hussain, aka Abu Hussain al-Britani,” katanya.

“Ini membawa kepada tweet yang dibuat Hussain bertajuk ‘BARU: Kerajaan dan tentera AS telah digodam oleh Bahagian Penggodaman Negara Islam’ di atas nama Bahagian penggodaman IS (ISHD) pada 11 Ogos.”

“Tweet itu, yang mengandungi pautan kepada dokumen 30 halaman, sebahagiannya menyatakan, bahawa ‘kami berada dalam e-mel dan sistem komputer anda, memerhatikan dan merakam setiap langkah anda, kami mempunyai nama dan alamat anda, kami berada dalam e-mel dan akaun media sosial anda, kami sedang mengekstrak data sulit dan menyebarkan maklumat peribadi anda kepada tentera khilafah, yang tidak lama lagi, dengan izin Allah akan menyerang batang leher anda di tanah anda sendiri!’.”

“27 halaman seterusnya dokumen itu mengandungi nama, alamat e-mel, kata laluan e-mel, lokasi dan nombor telefon kira-kira 1,351 tentera AS dan kakitangan kerajaan yang lain.

“Posting ini bertujuan untuk menyediakan PII milik kakitangan kerajaan yang disenaraikan kepada penyokong IS di AS dan di tempat lain untuk tujuan menggalakkan serangan pengganas terhadap individu-individu berkenaan.

“Penolong Peguam Negara bagi Keselamatan Negara As John P. Carlin berkata Ferizi didakwa sebagai seorang penggodam pengganas yang memberikan sokongan kepada IS dengan mencuri maklumat peribadi ahli perkhidmatan AS dan kakitangan persekutuan dan menyediakannya kepada kumpulan pengganas untuk digunakan terhadap pekerja-pekerjanya.

“Kes ini merupakan yang pertama seumpamanya dan, dengan pendakwaan ini, kami berusaha untuk menahan Ferizi yang bertanggungjawab terhadap kecurian maklumat ini dan peranannya dalam IS yang mensasarkan pekerja kerajaan,” kata kenyataan itu.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan