Hadi Awang sedang memecahkan PH

Jangan pula tuduh beliau khianat. Secara tersirat beliau sebenarnya sedang memecahkan PH.

Saya mohon jangan balun Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau bercakap soal siasah politik pertarungan antara Mahathir dan Anwar, bukan antara Muafakat Nasional vs Pakatan Harapan.

Jangan pula tuduh beliau khianat. Secara tersirat beliau sebenarnya sedang memecahkan PH.

……………..

Hadi: Dr M bak kelapa, makin tua makin menjadi

Walaupun pernah mencadangkan Dr Mahathir Mohamad agar menjaga Klinik 1Malaysia, hari ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mengangkat pengerusi PH itu dengan pujian yang tinggi.

Kata Abdul Hadi, perdana menteri sekarang ibarat buah kelapa yang semakin berguna apabila lebih tua.

Malah beliau menganggap Dr Mahathir adalah orang yang layak dan mampu “menyelamatkan” negara ini berbanding tokoh lain.

“Itu pendirian asas kita (PAS). Walaupun semasa pilihan raya (umum) lalu, saya pernah sebut beliau tolong jaga Klinik 1Malaysia, tetapi nampaknya beliau makin tua makin menjadi.

“Tua-tua kelapa, makin tua makin kemas untuk selamatkan negara. Orang lain belum tentu, dia (Dr Mahathir) sudah tunjukkan bukti positif,” kata Abdul Hadi yang memang gemar menyampaikan idea melalui kiasan dan bidalan.

Beliau ditanya media di lobi parlimen hari ini.

Semalam Abdul Hadi menciap mengenai keadaan politik semasa dengan membayangkan DAP mahu menjadikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sebagai boneka.

Cemburu satu sama lain

Abdul Hadi yang sebelum ini bersikap keras kepada Dr Mahathir menukar nadanya selepas PH berjaya membentuk kerajaan pusat dan menguasai hampir semua negeri di Malaysia.

PAS mencatur gerakan untuk sekurang-kurangnya menjadi penentu kuasa (king maker) menjelang PRU ke-14 tahun lalu, selain yakin membentuk kerajaan di beberapa negeri.

Menurut Abdul Hadi, PAS berpendirian untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal sekarang berakhir.

Sokongan itu diberi untuk kesekian kali ketika wujud desakan daripada pihak tertentu agar Dr Mahathir berundur dan menyerahkan kuasa kepada Anwar seperti yang dipersetujui Majlis Presiden PH sebelum PRU lalu.