Hadi: PAS Tidak Mahu Pakatan Harapan, ‘Ada Penyangak’ - pakdin.my

PAS tidak bersama dengan Pakatan Harapan kerana dalam gabungan itu ada “pemimpin penyangak”, kata presiden PAS.

Namun Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu bersama rakyat menjadi hakim dalam pilihan raya umum demi memilih pihak yang layak mengurus negara.

“PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman.

“… kerana dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara,” katanya.

“Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS.”

Dalam kenyataannya, wakil rakyat Marang menyifatkan pilihan raya sebagai “mahkamah rakyat” dan “kerajaan menjadi pihak yang dituduh.”

Abdul Hadi berkata walau PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh itu, ia juga tidak boleh berpihak sehingga kerajaan tersebut dibuktikan bersih.

“… [tertuduh] masih bebas … selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan,” katanya di Facebook.

Beliau mengulangi pendirian parti bahawa “hanya kepemimpinan Muslim yang bersama Islam boleh menyelamatkan negara.”

“Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya,” tegasnya.

“PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan hala tuju wawasannya yang berkekalan.”

UTAMAPOLITIKHadi: PAS Tidak Mahu Pakatan Harapan, ‘Ada Penyangak’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium