Hadi patut tinggalkan PAS jika tidak setuju dengan PR: PasMa - pakdin.my

PHAHROLRAZI PasMA tidak pernah masuk PAS

Jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat dengan kenyataannya meminta pihak yang tidak boleh berada dalam ‘bantera’ PAS keluar dari parti itu, ternyata Presiden PAS itu silap.

Tegurannya supaya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) keluar dari PAS hanya dibalas dengan cabaran oleh presiden PasMa Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi supaya mereka yang tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar PAS.

Dalam maksud lain, Hadi yang kena keluar daripada PAS, bukannya PasMa yang mendakwa sudah mendapat sokongan DAP dan PKR untuk membantu kedua-dua parti itu dalam PR.

Phahrolrazi dalam respons terhadap kenyataan Hadi menjadikan alasan bahasa keputusan untuk kekal dalam PR adalah keputusa PAS dan muktamar.

“Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Menjawab amaran keras Hadi kepada PasMa, Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

“Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS,” ujarnya.

Hadi kelmarin dalam kenyataannya melalui laman Facebook memberi amaran supaya PasMa tidak merosakkan ‘bahtera’ PAS.

Beliau mengumpamakan NGO yang digerakkan anggota PAS itu seperti menebuk kapal sendiri dan meminta ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan.

Malah katanya, mereka yang merasakan PAS bergerak perlahan dan serba kekurangan meninggalkan parti itu.

Katanya, PAS dalam PR bukanlah dalam bahtera yang sama dengan PKR dan DAP mempunyai bahtera masing-masing.

“Kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini,” kata Hadi.

Phahrolrazi bagaimanapun hari ini menjelaskan kenyataan Hadi terhadap PasMa itu tidak relevan kerana bukan semua anggota PasMa terlibat dengan PAS.

“PasMa ini NGO yang berdiri dibawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PasMa) tidak pernah masuk PAS pun,” katanya sambil menyifatkan kenyataan Hadi kepada Pasma sebagai tidak relevan.

“PasMa tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS,” katanya.

Apakah kenyataan ini bukti pemimpin PasMa itu semakin besar kepala kerana berpendapat mereka boleh menggantikan PAS dalam PR?

Terpulang Hadi dan kepimpinan PAS mencari jawapannya kerana PasMa sudah boleh dianggap gunting dalam lipatan PAS

UTAMAPOLITIKHadi patut tinggalkan PAS jika tidak setuju dengan PR: PasMa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium