Monday - August 2, 2021 @ 04:37
POLITIKHadi samakan BR1M dengan habuan Firaun

Hadi samakan BR1M dengan habuan Firaun

hadi br1m bodoh
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

“Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, ‘aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku’.
“BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.
Beliau dalam ucapannya pada sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini mendakwa program bantuan tunai BR1M yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.
Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang membayangkan pemberian BR1M umpama memberi makanan kepada haiwan.
Hadi dalam ucapannya terus menuding jari kepada kerajaan BN mendakwa rakyat selama ini telah dinafikan hak demokrasi melalui sekatan maklumat justeru mengakibatkan pentadbiran negara tidak dapat dinilai secara adil.
Justeru beliau menyifatkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Putrajaya, maka mereka bersedia dihukum oleh rakyat.
“Sekiranya kita menang, kerajaan PR tidak berlagak menjadi tuhan, PR bersedia untuk dihukum oleh rakyat melalui demokrasi yang adil. Kita tidak mahu memerintah sepanjang hayat,” tambah beliau lagi.
Pakatan Rakyat yang membentangkan manifesto pembangkang hari ini antaranya menekankan komitmen untuk membatalkan projek-projek kerajaan BN, menurunkan cukai pendapatan selain menjanjikan pelbagai imbuhan baru.

Dianggar seramai 1,000 perwakilan pembangkang hadir di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here