26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

HADI SERANG DAP, HANYA MAHU KERJASAMA DENGAN PARTI ‘TEGAKKAN ISLAM’

dap-pas-putus-hubungan
PAS hanya mahu bekerjasama dengan parti yang mahu menegakkan Islam di negara ini, dan menolak kerjasama dengan DAP serta “parti lain yang mengikut” parti sosialis itu, lapor Sinar Harian.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat parti yang ingin mengajak PAS bekerjasama perlu melakukan perubahan untuk menegakkan Islam kerana perjuangan itu membawa ke akhirat.

“Cuma Islam mampu perbetulkan orang. PAS hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin tegakkan Islam sahaja,” katanya lapor akhbar berbahasa Melayu itu.

“Dalam hal ini, DAP jelas menentang dasar Islam diperjuangkan dan di sana ada juga parti lain yang ikut,” tambahnya, tanpa menamakan parti atau pakatan mana yang dimaksudkan selain DAP.

Hadi berkata demikian ketika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertingkatkan usaha mendekati PAS.

Muhyiddin berharap usaha ini akan membawa kepada suatu kerjasama, pakatan baharu atau persefahaman antara PAS, PPBM dan PH pada pilihan raya akan datang.

PAS menyifatkan parti yang mengikut DAP adalah sama seperti parti itu.

“Ada parti yang masih senyap, ada juga seolah-olah tiada pendirian,” kata Hadi, sekali lagi tidak menamakan sasarannya. “Ini semua adalah lampu isyarat yang akan tentukan sikap orang Islam.”

“Sama ada lampu merah langgar juga atau lampu hijau baru jalan.

“Jadi orang PAS kena tengok baik-baik parti-parti ini sejauh mana mereka boleh bekerjasama dengan kita dalam tegakkan Islam.”

PAS menjarakkan diri daripada gabungan Pakatan Harapan selepas parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP dan menegaskan tiada kerjasama akan dilakukan antara kedua parti itu.

PAS masih mengekalkan kerjasama dengan PKR, dan dengan DAP dalam Kerajaan Selangor.

“Penyokong PAS kena tahu sampai bila orang hendak guna PAS sebagai anak tangga bukan jadikan PAS tangga untuk perubahan,” kata Hadi.

Semalam, Muhyiddin sewaktu pertama kali berceramah atas pentas PAS menawarkan kerjasama antara PPBM dengan PAS dan Pakatan Harapan bagi memastikan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Muhyididn turut memberikan 3 jenis kerjasama yang boleh berlaku antara mereka iaitu pembentukan barisan pembangkang, kerjasama antara PPBM, PAS dan Pakatan Harapan (PH), atau kerjasama pilihan raya (electoral pact) antara kesemua mereka.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan