Hadi ‘tidak selera’ tawaran PAS masuk PH [Video] - pakdin.my

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tawaran agar PAS menyertai Pakatan Harapan (PH) sama sekali “tidak menyelerakan”.

“Tiada selera, cukup itu sahaja,” kata presiden parti Islam seperti dilapor Utusan Online.

Hadi berkata demikian sebagai respon kepada pelawaan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam yang menyatakan pihaknya terbuka menerima PAS.

Terdahulu, pada 12 Julai lalu, naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa juga memohon PAS menyertai PH.

Sinar Harian melaporkan, kata Husam, jika PAS berada dalam komponen kerajaan, bermakna kerusi DAP yang didakwa banyak, akan jadi lebih seimbang.

“Sekarang PAS ada 18 kerusi, campur dengan Amanah 11 kerusi daripada parti asal, sekarang ada 29 kerusi,” kata senator Dewan Negara.

UTAMAPOLITIKHadi ‘tidak selera’ tawaran PAS masuk PH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium