32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 10, 2021

Hadkan penggal Ketua Menteri, DAP berbalah sesama sendiri

dun-pulau-pinang

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh apabila isu menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada hanya tiga penggal dibangkitkan.

Menariknya, cadangan itu dibuat Adun DAP sendiri.

“Cadangan ini perlu disusuli dengan satu jawatankuasa khas bagi mengkajinya secara mendalam.

“Hal ini penting agar proses pendemokrasian berlangsung dengan lebih progresif,” kata Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu sewaktu membahaskan Bajet 2016, Isnin.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini katanya, pernah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada tiga penggal dan perkara itu perlu dibuat kajian mendalam.

Cadangan Yee Cheu itu bagaimanapun, menyebabkan beberapa Adun DAP lain tidak berpuas hati dan bangun untuk mencelah.

Yee Cheu bagaimanapun tidak memberikan ruang untuk Adun DAP Jawi, Soon Lip See dan Adun DAP Air Itam, Wong Hong Wai untuk mencelah.

Hong Wai yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri bagaimanapun sempat menyindir Yee Cheu dengan menganggapnya berani kerana membangkitkan isu itu.

Yee Cheu bagaimanapun membalas dengan berkata beliau tidak memerlukan sebarang pujian.

Malah Hong Wai turut mengkritik Yee Chew kerana enggan memberinya ruang untuk mencelah perbahasannya.

Perang mulut sesama Adun DAP terbabit hanya berakhir apabila Timbalan Speaker, Datuk Makhtar Shafei meminta Hon Wai duduk bagi membolehkan Yee Chew meneruskan perbahasannya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.