31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Hak Pertahan Diri Ada Batas: Pakar Undang-Undang

Zulklifi tikam perompak

Undang-undang mengatakan bahawa anda mempunyai hak untuk mempertahankan diri apabila mendepani penjenayah dan walaupun anda ‘tidak sengaja’ membunuhnya.

Namun pakar undang-undang memberi amaran bahawa terdapat satu ‘garis halus’ antara perbuatan mempertahankan diri dan juga membunuh.

Insiden seorang lelaki yang didakwa di mahkamah kerana membunuh selepas dua lelaki yang cuba merompak kediamannya di Terengganu hangat diperkatakan sama ada secara dalam talian mahupun media sosial.

Lelaki itu menikam kedua-dua perompak tersebut dan salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Peguam Sreekant Pillai memberikan contoh fiksyen pemilik rumah diserang perompak bersenjatakan pisau dan dalam pergelutan itu, menikam dan membunuh perompak tersebut.


“Hak dan had mempertahankan diri adalah tentang mendepani kekerasan yang munasabah. Ini boleh dianggap sebagai kekerasan yang munasabah dan juga, mempertahankan diri,” kata Sreekant.

Dalam situasi berbeza, beliau berkata sekiranya anda menikam perompak sebanyak tiga hingga empat kali, anda mungkin tidak dianggap mempertahankan diri.

“Tikaman sebanyak tiga hingga empat kali boleh ditafsirkan sebagai niat. Oleh itu, ia boleh dikira sebagai membunuh,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Ishak Mohd Yusoff menyebut contoh apabila seseorang yang menembak mati seorang lelaki yang menyerangnya dengan sepapan kayu kecil.

Dalam kes ini, ‘ancaman’ dari penyerang tidak akan dianggap sebagai teruk sehingga menyebabkan dia ditembak mati.

“Tetapi jika ada tiga anak bersama dengan saya dan anda menyerang saya dengan sepapan kayu dan saya menembak anda, itu adalah perbuatan mempertahankan diri.

“Kerana saya bimbang mungkin kehilangan atau anak-anak saya akan cedera.


“Sepapan kayu kecil boleh mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak,” katanya.

Seksyen 96 dan 97 Kanun Keseksaan menggariskan ‘hak mempertahankan diri sendiri’.

Seksyen 96 menyatakan bahawa amalan mempertahankan diri tidak anggap satu kesalahan.

Seksyen 97 menyatakan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan orang lain terhadap kecederaaan tubuh badan atau demi mempertahankan harta benda mereka daripada kecurian, rompakan, khianat atau pencerobohan.

Namun Seksyen 99 (4) menyatakan bahawa tidak hak untuk mempertahankan diri jika melampaui daripada yang sepatutnya adalah disengajakan bagi tujuan tersebut.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Kesavan menjelaskan bahawa mahkamah di Malaysia dilihat tidak munasabah apabila meneliti kes kematian semasa mangsa mempertahankan diri dalam situasi seperti rompakan.


“Terdapat banyak kes di Malaysia di mana mahkamah membenarkan hak mempertahankan diri.

“Dalam kebanyakan kes, terutama dalam perbuatan pecah rumah, jika anda menyerang perompak bersenjata, ada anggapan bahawa terdapat penggunaan kekerasan yang munasabah,” katanya.

Namun, Sreekant berkata orang ramai tiada hak untuk memutuskan sama ada kekerasan munasabah telah digunakan.

Budi bicara terletak di tangan pihak polis dan Jabatan Peguam Negara yang mempunyai fakta yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada mereka perlu mendakwa seseorang atas pertuduhan bunuh atau tidak.

“Oleh itu, kepada mereka yang kata anda tidak boleh pertahankan diri, anda sebenarnya boleh. Ia bergantung kepada berapa banyak tenaga yang anda gunakan,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

  1. Kita pun tak tau kejadian sebenar. Cerita atas cerita.
    Macamana kejadian semasa kena tikam, ketika diancam atau sebaliknya.
    Dalam court nanti keluar semua keterangan dan dia pun ada disediakan lawyer.
    Polis, DPP, AG buat keputusan melalui siasatan, forensik, saksi, soalsiasat terhadap suspek dsbnya.
    Kita buat keputusan melalui apa? Emosi?

  2. Kita pun tak tau kejadian sebenar. Cerita atas cerita.
    Macamana kejadian semasa kena tikam, ketika diancam atau sebaliknya.
    Dalam court nanti keluar semua keterangan dan dia pun ada disediakan lawyer.
    Polis, DPP, AG buat keputusan melalui siasatan, forensik, saksi, soalsiasat terhadap suspek dsbnya.
    Kita buat keputusan melalui apa? Emosi?

  3. Situasi kedua tu berlaku dalam banyak kes yang diviralkan bagi mempertahankan kes Zulkifli.
    Contoh kes Tan Sri yang menembak penyerang nya. Situasi nyawa beliau terancam.

  4. Bila kita tak tahu jangan beriya2 pertahankan. Kalau kita pengamal undang-undang dan tau kejadian sebenar lain cerita. Keluar semua hadis mempertahankan aesuatu yang kita tidak tahu hujung pangkal kejadian.

  5. Sebab itu jangan kita fitnah atau troll penguatkuasa dalam hal ini. Mereka buat kerja melalui siasatan terperinci, forensik, soalaiasat saksi dan suspek. Polis, DPP dan AG bukan buat sesuatu ikut suka2.
    Macam2 trol dan fitnah dilempar terutama kepada KPN dengan menberi contoh situasi yang jauh berbeza.

  6. Sama lah perasaan keluarga simati selama ini tak pernah siapa peduli pun. Apa yang disampaikan disini adalah supaya dihentikan mempertahan sesuatu peristiwa diluar pengetahuan kita. Dan ketika troll hebat mengebai peristiwa itu kami dah nasihatkan supaya hentikan dan serah pada pihak berkuasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...