Home / :: BLOG :: / Dari akhbar Mandarin: Halangan pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan

Dari akhbar Mandarin: Halangan pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan

Sejak beberapa bulan ini pembaharuan Pakatan Harapan nampaknya semakin perlahan. Ini disebabkan parti yang mengetuai kerajaan iaitu PPBM tidak ingin melakukan perubahan. Ia juga disebabkan 3 parti komponen Pakatan Harapan yang lain “melakukan strategi berkompromi”.

PPBM menguasai jawatan Perdana Menteri dan 5 jawatan menteri termasuklah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan yang dianggap terpenting. Jika mereka tidak bergerak, maka PKR dan DAP hanya menunggu sajalah.

Tun Dr. Mahathir bukanlah pemimpin reformis. Dalam dua ke tiga bulan awal pentadbiran hanya dilakukan sedikit pembaharuan, inipun disebabkan oleh manifesto PRU dahulu. Namun dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya beliau menerima pula kemasukan bekas ahli parlimen UMNO, maka sedikit demi sedikit keinginan untuk melakukan perubahan semakin pudar.

Sejak akhir-akhir ini sudah menampakkan yang manifesto PRU tidak dianggap penting oleh PPBM. Contohnya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee yang pada awalnya telah mengumumkan akan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) tahun 1971, namun akhirnya hanya melakukan pengubahsuaian sahaja.

Setelah berlakunya rusuhan kuil Hindu (Seafield, Subang Jaya), Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet membenarkan pihak polis menggunakan akta yang dalam penggantungan, termasuklah Akta Hasutan, SOSMA serta menggunakan akta komunikasi dan multimedia untuk menjalankan penyiasatan. Baru-baru ini dalam Perhimpunan Agong Tahunan PPBM beliau mengumumkan yang kerajaan akan mengekal POCA (1959) dan SOSMA.

Namun demikian, menghapuskan Akta Hasutan dan POCA dan lain-lain lagi adalah janji-janji dalam manifesto PRU. Sekarang ini hanya Majlis Peguam serta beberapa pertubuhan saja yang membantah, tidak kedengaran ahli-ahli Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan yang sama.

PPBM juga melanggar janji untuk tidak melakukan lantikan politik. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun telah melantik Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dilantik sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd dan Datuk Dr. Sukiman Sarmani dilantik sebagai Pengerusi UNITEK-Mara. Manakala peguam yang sering mewakili Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)

Janji yang ke 22 Pakatan Harapan menyebut, “Pakatan Harapan akan mempastikan orang yang akan menerima lantikan sebagai pengerusi bagi syarikat yang berkaitan kerajaan untuk negara dan kerajaan negeri adalah terdiri daripada golongan professional yang bukanlah dari lantikan politik”.

Sekarang ini tiada sesiapa pun yang mempertikaikan kelayakan profesionalisme ketiga-tiga orang ini, hanya memandang kepada latarbelakang politik sahaja. Pelantikan yang semacam ini menimbulkan perbualan ketidakpuasan hati, masakan tidak ada orang lain yang lebih sesuai ?

Pentadbiran lama Barisan Nasional dengan melakukan lantikan politik telah mendatangkan kerosakan yang begitu besar kepada negara. Ini disebabkan mereka yang dilantik tidak mempunyai kelayakan professional maka berlakulah ketirisan, pelaksanaan dasar yang salah dan amalan rasuah. MARA dan FELDA adalah antara yang menerima padahnya.

Lantikan politik yang diamalkan oleh Barisan Nasional termasuklah bekas-bekas menteri, ahli parlimen, ketua-ketua bahagian dan pelbagai lapisan ahli-ahli parti. Ia dengan teruknya mengheret prestasi jabatan dan agensi kerajaan ke tahap yang lebih rendah. Dah tahupun keadaan yang begitu teruk, mengapa Pakatan Harapan berdiam diri terhadap PPBM ?

Saya percaya ini adalah kerana parti komponen “melakukan strategi berkompromi”. Sekarang pun tidak berupaya untuk mengubah corak PPBM, selepas dua tahun nanti apabila jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Anwar Ibrahim barulah nak melakukan perubahan dan melaksanakan janji manifesto.

Contohnya, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Zuraidah bagi menjawab kenyataan Tun Mahathir yang membantah pelaksanaan pilihanraya tempatan menyatakan yang kabinet akan membentangkan perancangan pilihanraya tempatan dalam masa 3 tuhun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pula menyatakan yang kementeriannya menjangkkan pada tahun 2020 akan membentangkan akta baru bagi menggantikan AUKU.

Veteran DAP, Lim Kit Siang pada tahun lepas menyatakan, jika kerajaan baru meminggirkan matlamat Malaysia Baru, maka DAP tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Kenyataan ini telah menyatakan pendirian DAP dengan jelas. Namun Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin kemudiannya telah mengumumkan pula yang dia akan membentangkan agenda baru Bumiputra kepada para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan.

Manakala Naib Presiden PPBM, Abdul Rasyid pula menyatakan, “dalam politik harus menggunakan segala kaedah, pemerintah jika tidak menggunakan segala sumber kerajaan adalah amat bodoh”. Ini dengan jelas, PPBM tidak memegang semangat Malaysia Baru.

Lim Kita Siang pada hari kelmarin menyatakan, beliau beranggapan tidak perlu menunggu sehingga 5 tahun untuk mengiktiraf UEC. Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab isu berbangkit bagi PRK Cameron Highlands untuk menenangkan ahli-ahli parti dan para penyokong.

Dengan jelas “melakukan strategi berkompromi” akan membawa mala-petaka. Ini kerana dengan melambatkan pembaharuan dalam dua tahun bermakna kehilangan dua tahun untuk berkembang. Daya saing negara semakin perlahan, juga kehilangan peluang keemasan.

Cuba fikir-fikirkan, jika sekarang melakukan pembaharuan ia boleh menarik lebih banyak pelaburan asing dan tenaga pakar. Persaingan global semakin kompetatif, kita tidak boleh menunggu sehingga dua tahun lagi. Selepas dua tahun nanti, setengah perkara juga agak sukar untuk diperbaiki lagi. Terutamanya manusia ada perasaan, melakukan perubahan di masa akan datang lebih memeritkan.

Diterjemahkan oleh : Hisemudin Kasim

……..

林瑞源·希盟政府改革的阻力

近月来希盟的改革已经慢了下来,原因是主导的土团党不想改变,以及3个希盟成员党的“策略性妥协”。
近月来希盟的改革已经慢了下来,原因是主导的土团党不想改变,以及3个希盟成员党的“策略性妥协”。

土团党掌控首相及5个部长职,其中内政部长及教育部长是重要职位,一旦他们不动,公正党及行动党就只能等。

敦马哈迪不是改革型领袖,刚上任的两、三个月是基于希盟的竞选宣言,进行一些体制改革,但在稳住阵脚,退党的巫统议员加入后,逐渐失去改革的意愿。

最近的事态演变显示土团党已经不把竞选宣言放在心上,比如教育部长马智礼较早时披露,该部将会废除1971年大专法令,最终却只是修改。

在发生兴都庙骚乱事件后,内政部长慕尤丁披露,内阁同意允许警方援引数项法令,包括煽动法令、2012年国家安全罪行(特别措施)法令(SOSMA)以及通讯及多媒体法令进行调查。他最近在土团党代表大会上宣布,政府决定保留1959年防范罪案法令(POCA)及SOSMA。

但是,废除煽动法令及POCA等法令是希盟的大选承诺,现在只有大马律师公会等组织反对,听不到希盟成员党的抗议声。

土团党也违反不进行政治委任的承诺,乡村及区域发展部长丽娜哈伦委任土团党最高理事阿克兰沙慕阿马与苏基曼沙马尼分别出任人民信托局企业有限公司(Mara Corporation Sdn Bhd)主席及玛拉科技大学(Unitek-Mara)主席;而马哈迪的代表2律师哈尼夫则受委为槟州区域发展机构(PERDA)主席。

希盟竞选宣言第22项承诺指出:“希盟政府将确保,受任命为国家和州政府官联公司的董事是来有信誉的专业人士,而非基于政治关系而受委。”

现在没有人关注上述3人是否有专业资格,只注意到他们的政治背景。这种委任充满争议,难道没有更适合的人选?

前朝国阵政府奉行的政治委任制已经为国家带来极大伤害,因为受委者没有专业能力,出现窃位素餐、决策错误及贪污舞弊,玛拉及联邦土地发展局是其中的受害者。

国阵的政治委任包括前部长、国会议员、区部主席及各类朋党,严重拉低政府机构及官联公司的表现。既然祸害如此之大,为何希盟对土团党的做法毫无异议?

个人相信这是因为盟党持“策略性妥协”的立场,即现在无法改变土团党的思维,就等2年后敦马把首相职交给安华,届时才来改革,兑现大选宣言。

譬如,房地部长祖莱达对于敦马反对恢复地方议会选举的应对方法是:将在第3年向内阁提呈落实地方选举的计划。教育部副部长张念群则表示,该部预计可在2020年向国会提呈一个新的法案,以取代大专法令。

行动党元老林吉祥在去年尾指出,只要新马来西亚的目标被放弃,那行动党领袖就会毫不犹豫地离开希盟政府。

这番谈话有表明立场的意味,但土著党总裁慕尤丁过后却宣布,他将向希盟领导层及政府建议落实新土著议程政策,该党副主席阿都拉昔则发表“政治需用尽手段,执政不利用政府资源就是愚蠢”的言论。显然的,土著党没有认真看待“新马来西亚”的论述。

林吉祥日前指出,他不认为希盟需要等待5年来承认统考。这不是为了应对金马仑补选,而是安抚行动党基层及支持者。

然而,“策略性妥协”将带来伤害,因为2年内缓慢改革等于是失去2年振作的时间,国家竞争力将停滞,也将流失黄金机会。

试想,如果现在就开放,将能够吸引外资及人才。全球竞争非常激烈,我们不能坐等2年;2年后,一些事情也可能难以修复,特别是人都有惰性,以后更难革新。

所以,“策略性妥协”是消极的,制衡及改变土著党的思维才是上策。

Ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, 林瑞源 Lin Rui Yuan.

(Visited 606 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

2 comments

  1. M B Ab Rahim

    Hehee…good piece dari Sin Chew!…dia macam ni Pak Din….”tegak bongkok sabut, jalan tempang mengensot mengensot”…hakikatnya….1. 60 tahun DAP kalah ditangan melayu, kini DAP menang pun dibantu melayu dan seterusnya…2. Strategi LKS agak suntuk dan cetek, cantik untuk menang, sukar hingga ke senja dan mungkin hilang dimalam hari…3. Boneka, telah mula nampak “Naga mengecil badan ke Cacing” dengan menipu tentang hutang Negara, dan terus tidak melaksana janji janji manifesto…4. Jika “compromised strategy” mengecewakan kaum Cina, kaum kaum lain lagi teruk, dari nelayan ke graduan akibat “no shared values” dan “compass” yang sangat jauh dari reformasi moden sebenar…5. Penukaran boneka, tidak akan membantu, dan selain dari penukaran KERAjaan… DAP hanya bolih bergantung pada LGE mengawal wang, yang juga dicurigai, kerana prestasi beliau yang buruk….6. Sejarah mengajar kita, tumbangnya sesuatu KERAjaan dan Negara kerana: “imperialistic”, “dictatorship”, “rhetorical” ,”mismanagement” dan kini mungkin khusus dinegara kita “DAPism” yang jika tidak diperbetul cepat, DAP akan kembali kalah selama 60 tahun lagi, setelah Negara hancur dalam perpaduan dan pembangunan…what a sorry state, the State is…hehee. (good fun)..Thanks.(betul betul komen last saya) Salam Maaf to all.Bye.

  2. Raja Farhani

    Simple je…….PRU15 mampos la PH…….

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.