Hamas bedil lapangan terbang kedua Israel - pakdin.my

BANDAR GAZA: Hamas hari ini membedil roket ke Lapangan Terbang Ramon berhampiran Eilat, Israel, lokasi kemasukan pesawat yang dilencongkan selepas lapangan terbang utama di Tel Aviv diserang.

Jurucakap sayap senjata Hamas memaklumkan mengenai serangan roket seberat 250 kilogram (kg) dan menuntut semua syarikat penerbangan antarabangsa segera menghentikan penerbangan ke mana-mana lapangan terbang di Israel.

Hamas membedil lebih 1,600 roket ke arah Israel sejak Isnin lalu manakala tentera Israel memaklumkan menyerang sasaran Gaza lebih 600 kali.

Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan awam Israel melencongkan semua penerbangan penumpang dari Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv ke Lapangan Terbang Ramon, ketika amaran serangan udara sekali lagi dikeluarkan Hamas.

Sehubungan itu, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa membatalkan penerbangan ke Israel.

Jurucakap United Airlines dan American Airlines memberitahu AFP, penerbangan dari AS ke Israel dibatalkan ‘hingga 15 Mei ini’.

Di Gaza, 83 orang dilaporkan terbunuh termasuk 17 kanak-kanak dan lebih 480 orang lagi cedera selepas kawasan pantai dibom hebat termasuk meruntuhkan sebuah bangunan 12 tingkat.

Di dalam Israel pula, tujuh orang terbunuh sejak Isnin lalu termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun, selepas sebuah roket terkena rumah keluarganya.

Terkini, Israel mengerahkan lebih ramai anggota tentera ke sempadan Gaza bagi menghadapi serangan Hamas manakala di dalam negara, pihak berkuasa Zionis berdepan rusuhan membabitkan penduduk Yahudi dan Arab.

Meriam dilihat mengebom wilayah Palestin manakala wartawan AFP melihat lebih banyak anggota tentera berkumpul di sempadan, di fahamkan bagi menyertai operasi tiga hari menentang Hamas. – AFP

UTAMADUNIAHamas bedil lapangan terbang kedua Israel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium