Hamas Mahu Malaysia Lindungi Masjid Al-Aqsa - pakdin.my

masjid-al-aqsa

Hamas meminta Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan rejim Zionis.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashal dalam perbualan telefonnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Dalam perbualan telefon itu, Mashal memaklumkan kepada Najib mengenai situasi terkini di Tebing Barat, khususnya ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa berikutan pencerobohan dan pencabulan yang dilakukan tentera Israel.

“Saya menjelaskan kepada Najib mengenai pentingnya Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa.

“Saya juga menegaskan, betapa pentingnya Malaysia menggerakkan komuniti antarabangsa untuk menyekat rancangan Israel untuk menceroboh dan menduduki Baitulmuqaddis amnya, serta Masjid Al-Aqsa, khasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mashal, Najib telah memaklumkan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa sehingga menyaksikan Masjid Al-Aqsa terpisah secara sementara mengikut kaedah yang ditetapkan oleh rejim zionis itu.

Katanya, Najib menegaskan pendirian Malaysia yang akan menyokong penuh penduduk Palestin dalam mendepani keganasan dan pencabulan yang dilakukan tentera zionis itu.

Mashal berkata, di akhir perbualan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib, kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan kepada penduduk Palestin dalam berdepan keganasan dilakukan Israel.

Keadaan di seluruh Tebing Barat semakin tegang sejak beberapa hari lalu yang menyaksikan beberapa pertempuran antara penduduk Palestin dengan pasukan keselamatan Israel, selepas pergerakan Hamas melancarkan ‘hari kemarahan’ ekoran ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa.

UTAMAPOLITIKHamas Mahu Malaysia Lindungi Masjid Al-Aqsa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium