25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Pemecatan Hamidah berasaskan aduan UMNO bahagian

hamidah-osman-pecat

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr.Zambry Abd. Kadir mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pemecatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman “atas laporan pelanggaran disiplin parti.”

Dr Zambry selepas mesyuarat EXCO di Ipoh menegaskan UMNO Perak dimaklumkan  mengenai keputusan zambrykadirMT itu berdasarkan laporan yang dihantar UMNO Bahagian Gopeng kepada Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Menurutnya, jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian itu kini dipangku naibnya, Feridah Zakaria.

Dr.Zambry mengulas kenyataan Setiausaha Perhubungan UMNO Perak, Datuk Sharaani Mohamed yang tidak terkejut dengan keputusan MT itu.

ADUN Kota Tampan itu dilaporkan berkata bahawa tindakan terhadap Hamidah “bukanlah sesuatu yang mengejutkan”.

Keputusan itu katanya, dibuat kerana tertuduh melakukan pelanggaran disiplin parti berasaskan aduan UMNO Bahagian Gopeng kepada Lembaga Disiplin parti.

“Sudah tentu MT (Majlis Tertinggi UMNO) memperakukan syor Lembaga Disiplin berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Setahu saya Lembaga Disiplin tidak membuat keputusan berasaskan ‘dengar cakap’ semata-mata. Biasanya tertuduh dipanggil untuk membela diri,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dijangka membuat sidang media berhubung pemecatannya dari UMNO di ibu negara Jumaat ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.