28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Hamidah Osman Terajui Semula Wanita Umno Gopeng

Calon Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Wan Razita Wan Razak (kiri) bersama seorang lagi calon, Datuk Hamidah Osman (kanan) memegang tangan semasa hadir dalam pemilihan semula Wanita Bahagian Gopeng bagi Penggal 2012-2016 di Bangunan Umno Perak di Ipoh
Calon Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Wan Razita Wan Razak (kiri) bersama seorang lagi calon, Datuk Hamidah Osman (kanan) memegang tangan semasa hadir dalam pemilihan semula Wanita Bahagian Gopeng bagi Penggal 2012-2016 di Bangunan Umno Perak di Ipoh

IPOH: Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) Datuk Hamidah Osman memenangi kembali jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng pada pemilihan semula jawatankuasa sayap itu yang berlangsung, Sabtu.

Pada pemilihan yang diadakan di Bangunan Umno negeri Perak di sini, Pengerusi Tetap Wanita Umno bahagian Juhaini Shaari mengumumkan Hamidah meraih 173 undi menewaskan Juliliyana Mohd Junid yang mendapat 131 undi manakala seorang lagi calon bagi jawatan itu, Wan Razita Wan Razak menarik diri daripada bertanding.

Selain itu Feridah Zakaria diumumkan memenangi semula jawatan naib ketua Wanita Umno bahagian dengan 159 undi mangalahkan Che Ton Abdul Rahman yang memperoleh 139 undi.

Pemilihan itu diadakan selepas Jawatankuasa Pengurusan Umno meneliti laporan Jawatankuasa Khas Bantahan Umno yang dipengerusikan Tan Sri Azmi Khalid, dan memutuskan supaya pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Wanita Bahagian Gopeng diadakan semula.

Proses pemilihan semula yang bermula sejak 8 pagi itu berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan manakala Hamidah, Juliliyana dan Wan Razita dilihat turut hadir serta saling bersalam-salaman.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya pemilihan, Hamidah berkata beliau bersyukur atas keputusan pengundian semula hari ini dan apa yang beliau perjuangkan adalah supaya pemilihan dapat dilaksanakan secara telus.

“Kami tuntut adalah keadilan, saya berharap dengan pemilihan hari ini saya dapat teruskan perjuangan dalam Umno, selain perpaduan antara Wanita Umno Gopeng dapat dipupuk kembali,” katanya.

Hamidah yang aktif dalam Umno sejak 30 tahun lepas dan memegang jawatan itu selama 15 tahun tewas dalam pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita bahagian itu pada pemilihan 12 Oktober lepas.

Pada pemilihan itu, Juliliyana meraih 163 undi menewaskan Hamidah yang mendapat 143 undi manakala Wan Razita hanya memperoleh 20 undi.






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan