31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

HAMPIR SEJUTA PENDUDUK SELATAN THAI TERJEJAS AKIBAT BANJIR

20170109-banjir-selatan-thailandBANGKOK: Hampir sejuta penduduk terjejas akibat banjir yang melanda 10 wilayah di selatan Thailand dengan 11 kematian dicatatkan setakat Isnin, lapor Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana negara itu.

Lapan daripada wilayah terbabit iaitu Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Ranong dan Phang Nga, dijangka mengalami banjir yang lebih buruk ekoran hujan lebat yang berlanjutan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah jabatan berkenaan, Chatchai Phromlert berkata, banjir yang melanda lapan wilayah terbabit selain Narathiwat, Yala, Songkhla dan Pattani sejak awal minggu ini menjejaskan 744,422 penduduk di 3,376 buah kampung di 85 daerah.

Jelasnya, tiga kematian dicatatkan di Surat Thani manakala dua kematian berlaku di masing-masing di wilayah Songkhla, Nakhon Si Thammarat dan Phatthalung.

“Seorang lagi mangsa masih dilaporkan hilang selepas dihanyutkan banjir di Phatthalung.

“Banjir di Phatthalung, Chumphon dan Trang dilaporkan semakin naik tetapi wilayah lain, air mulai surut,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Theerakiat Charoensetthasin berkata, lebih 1,400 buah sekolah di selatan Thailand terjejas dan mengalami kerosakan akibat banjir.

Jelasnya, kesemua sesi persekolahan terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan pelajar.

“Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Vokasional telah menghantar pelajar dan guru kolej teknikal untuk membaiki kemudahan dan kenderaan sekolah yang mengalami kerosakan secara percuma,” katanya.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...