Hamzah Zainuddin mengaku menjadi broker 36 Ahli Parlimen BN melompat - pakdin.my

Hamzah Zainuddin mengesahkan beliau adalah broker 36 ahli Parlimen BN menandatangi surat menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan membelakangi MT UMNO.

Kata beliau jika Ahmad Zahid tidak berundur ada lagi ahli Parlimen akan keluar parti. Soalnya jika Zahid berhenti adakah semua ahli parlimen yang keluar akan kembali ke parti?

Siapa pula Presiden yang sesuai dan akan memastikan wakil rakyat UMNO kekal kepada parti?

Dua soalan ini perlu dijawab oleh Hamzah Zainuddin sebelum meminta zahid berhenti.

Apa pun tahniahlah Dato Seri memang hebat sebagai broker. Broker sudah tahu, dalang belum berani muncul.

Kepada ahli parlimen UMNO yang menjadikan Zahid sebagai “punching bag” ingatlah suatu ketika dulu kamu semua minta ahli parti hormati keputusan pucuk pimpinan menamakan anda sebagai calon pilihan raya.

Hari ini kamu tidak boleh hormati keputusan ahli memilih pucuk pimpinan parti.

https://pakdin.my/tag/lompat-parti

UTAMAPOLITIKHamzah Zainuddin mengaku menjadi broker 36 Ahli Parlimen BN melompat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium