25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Hanya Hukuman Berat Terhadap Hoslan Dapat Tebus Maruah Mahkamah

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya melalui hukuman penjara yang berat terhadap bekas imam Hoslan Husin atas perbuatannya membaling kasut kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan dapat menebus maruah mahkamah itu.

Dalam penghakiman bertulis setebal 16 muka surat, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata perbuatan membaling objek seperti kasut selalunya dianggap sebagai perbuatan biadab, merendahkan martabat dan menjatuhkan maruah seseorang, lebih-lebih lagi apabila perbuatan itu dilakukan terhadap panel hakim Mahkamah Tertinggi di negara ini.

“Walaupun pelakunya (Hoslan) membuat permohonan maaf, kami tidak fikir ia dapat mengurangkan ukuran kesalahan itu,” kata Hakim Zulkefli dalam penghakiman beliau tentang kewajaran hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadap Hoslan.

Beliau berkata hukuman itu juga sewajarnya digunakan sebagai tempoh untuk bermuhasabah diri oleh Hoslan mengenai tindakan buruk yang dilakukannya.

“Kami bersimpati terhadap isteri dan tujuh anaknya yang masih kecil, tapi undang-undang perlu dilaksanakan,” kata beliau. Hakim Zulkefli berkata serangan kasar terhadap para hakim perbicaraan untuk mempamerkan kekecewaan dan perasaan meluatnya (Hoslan) tentang keputusan yang tidak menyebelahinya, dengan jelas menjatuhkan maruah dan kuasa Mahkamah Persekutuan dan perbuatan ini tidak boleh diterima.

Katanya kritikan yang ditujukan terhadap hakim atau keputusan mahkamah perlulah dibuat dalam lingkungan ketertiban yang sewajarnya dan dengan niat baik.

Hakim Zulkefli berkata panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan tidak menjatuhi hukuman terhadap Hoslan, 46, berlandaskan kepentingan peribadi, tetapi sebagai langkah untuk melindungi, memulihara kuasa, kehormatan dan maruah mahkamah tertinggi itu.

Perbicaraan permohonan semakan semula penghakiman yang dikemukakan Hoslan dijalankan di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria.

Bagaimanapun, panel hakim telah menangguhkan permohonan ke Isnin ini bagi membolehkan peguam Karpal Singh, yang mewakili Hoslan, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan peguam Datuk S.Ambiga sebagai peguam pemerhati daripada Majlis Peguam), meneliti penghakiman bertulis terhadap hukuman penjara itu.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Zainun Ali.

Hoslan memfailkan permohonan semakan semula kehakiman terhadap hukuman setahun penjara yang dikenakan terhadapnya kerana menghina mahkamah dengan membaling kasut kepada panel Hakim Mahkamah Persekutuan, yang dianggotai Hakim Zulkefli dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaleha Zahari pada 22 Feb tahun ini, selepas panel hakim itu menolak permohonannnya untuk merayu dalam satu kes sivil.

Pada hari berkenaan, Hoslan hadir di mahkamah untuk mencabar perintah yang menghendakinya keluar dari kawasan Masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan kerana masalah tatatertib.

Hoslan menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 8 Mac

Berita berkaitan:

Hoslan Islamkan Banduan – Lidah Rasmi PAS Berbohong Lagi.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan