31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

Hanya Sembilan Bahagian, Bukti Parti Bunga Tiada Pengaruh Di Pulau Pinang

Pada 14 Februari lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan senarai 128 Ketua Penaja bahagian di seluruh negara. Ia termasuk ‘tuan punya’ parti sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi ketua di bahagian Langkawi.

Apa yang menariknya, pengumuman ketua-ketua penaja bahagian Parti Bunga ini disambut hambar dan penuh teka teki. Mana tidaknya, sudahlah di Negeri Sembilan tiada langsung wakil parti berkenaan, di Pulau Pinang pun sama, dengan keadaan agak ‘kucar kacir’.

Daripada 13 bahagian di seluruh Penang, Parti Bunga hanya mampu bertapak di sembilan kawasan sahaja. Itu pun mengenengahkan beberapa nama yang tidak popular dan mempunyai ‘kisah silam yang kelam’.

Logiknya, di Pulau Pinang yang dikuasai oleh sekutu kuat Parti Bunga iaitu DAP, kekuatan dan pengaruh Mahathir sendiri perlu lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Jika tidak, apa maknanya bersekutu dan berkawan baik dengan DAP sehingga menjadi harapan kepada pembangkang?

Namun demikian, apa yang terjadi sebaliknya. Parti Bunga sudah buktikan bahawa mereka tidak mampu mencari pemimpin sendiri untuk mengurus parti di kawasan seluruh negeri itu.

Mereka seolah-olah tidak begitu yakin untuk menapak dan menyebarkan sayapnya di negeri yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Jika langkah awal pun sudah terumbang ambing, adakah ini gambaran sebuah parti yang mahu menjanjikan perkhidmatan ‘first class’ buat rakyat, andai dipilih berkuasa di Putrajaya?

Kita harus ingat, DAP adalah kuasa yang menentukan hala tuju sebenar Pakatan Harapan. Jika Parti Bunga tidak berdaya untuk menunjukkan pengaruh mereka dalam kalangan masyarakat Melayu di ‘negeri Guan Eng’, maka adakah Parti Bunga akan mendapat tempat yang lebih istimewa di mata pembangkang?

20161208-mahathir-chen-man-hin-dap

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...