Hanya tinggal Hulu Terengganu zon hijau di Semenanjung - pakdin.my

Lebih 4 bulan larangan rentas negeri + Darurat + PKP 2.0 pun hampir satu semenanjung Malaysia merah. Semakin dibuat separuh masak, semakin merah.
……..

Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 1 Mei lalu hingga semalam, menunjukkan hanya daerah Hulu Terengganu di Semenanjung, bertahan sebagai zon hijau iaitu tiada kes positif wabak Covid-19.

Bagi tempoh sama, hanya dua daerah di Sarawak yang masih bertahan sebagai zon hijau iaitu Kabong dan Telang Usan, masing-asing juga tidak merekodkan sebarang kes Covid-19.

Di Semenanjung, semua daerah di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dikategorikan Zon Merah dengan masing-masing merekodkan lebih daripada 40 kes positif.

Di Johor, daripada 10 daerah hanya tinggal Mersing sahaja mencatatkan zon kuning dengan 13 kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Perlis yang sebelum ini mencatatkan sifar kes sudah menjadi zon kuning dengan 12 kes Covid-19 direkodkan.

Di Sabah pula, lapan daerah sehingga semalam kekal bertahan sebagai zon hijau membabitkan daerah Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Telupid.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 4,190 pesakit sembuh berbanding 4,113 kes baharu Covid-19 dan 34 kematian.

Ini menjadikan 418,897 daripada keseluruhan 462,190 pesakit Covid-19 sudah pulih setakat ini, manakala 1,822 orang meninggal dunia.

LIHAT sini:

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 14 May 2021

UTAMABERITAHanya tinggal Hulu Terengganu zon hijau di Semenanjung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium