30 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

HARAMKAN 'BISKUT BERASAP'

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Selasa menggesa penggunaan cecair nitrogen dalam makanan diharamkan kerana boleh membahayakan pengguna yang tidak menyedarinya, terutama kanak-kanak.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hassim berkata cecair nitrogen adalah bendalir kriogenik yang boleh menyebabkan melecur jika tidak dikendalikan dengan betul, terutamanya dalam keadaan pekat.

“Penggunaannya tidak boleh dengan secara sewenang-wenang oleh penjual makanan yang tidak mengetahui bagaimana untuk mengendalikan cecair kriogenik ini,” katanya ketika ditanya mengenai penggunaan nitrogen cecair di dalam makanan.

Sebelum ini dilaporkan Mohd Aiman Mohd Ridwan, 15, dari Kedah yang melecur dan melepuh pada tapak tangannya selepas memegang biskut Dragon Breath minggu lepas.

Hatijah berkata CAP menerima beberapa aduan mengenai penggunaan cecair nitrogen dalam biskut dan menggesa kerajaan segera menarik balik produk ini daripada pasaran sebelum ia membahayakan lebih ramai orang.

“Orang ramai khususnya kanak-kanak akan tertarik kepada trend baharu makanan ini, maka penjualan barangan makanan ini perlu dihentikan sebelum lebih banyak kes berlaku kerana cecair nitrogen tidak sesuai dijadikan campuran bahan makanan,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan perlu memastikan ia meruap sepenuhnya sebelum dijual bagi mengelak melecur atau radang dingin (frostbite).

Beliau menjelaskan cecair itu perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

“Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal dalam produk makanan siap,” katanya.

20161221-biskut-berasp-nitrogen

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah: Bung Moktar akui, kecewa dengan prestasi BN

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah mengakui kecewa dengan prestasi parti itu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu. Pengerusinya, Datuk Seri Bung...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan