Haramkan Kemasukan Nurul Izzah Ke Sabah – SAPP - pakdin.my

nurul izzah-jacel kiram-pengkhianat

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin meminta kerajaan negeri Sabah mengharamkan kemasukan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke negeri ini berikutan tersebarnya gambar beliau bersama Jacel H.Karim, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

“Kerajaan Sabah patut haramkan Nurul Izzah masuk Sabah kerana bertemu dan meminta sokongan Jacel Kiram yang menjadi jurucakap Sultan Kiram semasa pencerobohan Tanduo Lahad Datu,” katanya dalam akaun Facebook beliau malam Khamis.

Entri itu turut mendapat perhatian orang ramai termasuk Tj Tasatra yang menganggap tindakan Nurul Izzah bergambar dengan Jacel telah melukakan hati rakyat Sabah.

“Nurul Izzah melukakan hati rakyat Sabah yang berdepan dengan askar Jamalul Kiram dalam serangan Tanduo. Haramkan Nurul Izzah dari menjejakkan kaki ke Sabah,” katanya.

Mohd Norazman Injah pula berkata sekiranya benar Izzah berhubung dengan Jacel, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada parti itu.

“Jika Nurul Izzah berhubungan dgn puteri Kiram, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada menyokong PKR…rakyat Sabah juga harus berfikir dan jangan harap orang Sabah menyokong mereka,” katanya dalam komen itu.

Gambar mengenai pertemuan Nurul Izzah dan Jacel di Filipina telah dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook beliau pada 9 Nov lepas.

Nurul Izzah dalam kenyataannya hari ini mengakui bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama-sama dengan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

Gambar hakmilik PDRM Klik sini untuk Facebook PDRM

UTAMABERITAHaramkan Kemasukan Nurul Izzah Ke Sabah - SAPP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium