Harap Tun M hadir PAU tapi terpulang keputusan beliau - pakdin.my

zahid-mahathir-dijemput-pau

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijemput menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 10 Dis. ini sudi berbuat demikian.

“Saya pasti surat jemputan akan diedarkan dalam masa terdekat, tetapi sama ada beliau menerima jemputan itu atau tidak ia terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.

“Majoriti ahli UMNO masih menghargai beliau tetapi pada masa sama masih ada jurang antara menghormatinya dan menerima pandangannya,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam temubual bersama sebuah media tempatan.

Menurutnya, parti menghormati Dr Mahathir sebagai bekas presiden dan pemimpin negara ini di sebalik kritikan dan serangan berterusan terhadap UMNO dan presiden parti.

“Saya menemui Dr Mahathir di kediaman beliau. Saya berbuat demikian dua kali sebelum itu berkaitan hal lain tetapi pertemuan itu sebagai tanda hormat dan memohon nasihat dan panduan daripadanya.

“Beliau begitu berterus-terang dan saya hormati perbezaan pendapatnya. Rasanya beliau hargai kunjungan saya itu,” katanya.

Perhimpunan tahunan kali ini adalah yang pertama buat Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, hubungannya dengan Muhyiddin adalah baik dan beliau tidak menjangka akan adanya perubahan menjelang PAU nanti.

Selasa lalu, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan bahawa Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan persidangan tiga sayap UMNO 8 Dis. ini sebalik dilakukan ketua sayap masing-masing.

Majlis Tertinggi juga katanya, akan memutuskan sama ada Muhyiddin akan menggulung ucapan sebagai Timbalan Presiden.

Perhimpunan Agung UMNO Dis. ini akan bermula dengan mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 8 dan 9 Dis. disusuli perhimpunan utama dari 10 hingga 12 Dis.

Najib dijadual menyampaikan ucapan presiden pada hari pertama perhimpunan.

UTAMAPOLITIKHarap Tun M hadir PAU tapi terpulang keputusan beliau

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium