Home / :: BLOG :: / HarapanCoin: Adakah Bank Negara bersetuju jadikan matawang rasmi?

HarapanCoin: Adakah Bank Negara bersetuju jadikan matawang rasmi?

Harapan Coin? Sangat kreatif idea pemimpin-pemimpin PH kebelakangan ini.

Kalah segala makhluk dan kehidupan di alam semesta ini.

Tak habis lagi cerita Skim FundMyHome yang diragui asal-usul dan manfaatnya, timbul pula cerita Harapan Coin.

Saya belek laman web-nya, dia kata “berpotensi jadi matawang rasmi jika PH menang pilihanraya”.

Bahagian penerangan juga penuh dengan retorik dan justifikasi yang tak berasas.

Makin saya belek makin nampak pelik, lagi pelik bila saya perasan ia dikaitkan dengan YB Khalid Samad.

Adakah Bank Negara akan bersetuju dengan Harapan Coin ini dan mengiktirafnya sebagai matawang rasmi?

Begitu bersungguh-sungguh dia mahukan ini. Mengapa?

Siapa sebenarnya yang untung daripada skim macam ini?

Saya juga amat risau dengan kenyataan Khalid Samad bahawa Harapan Coin juga boleh digunakan dalam transaksi dengan kerajaan seperti pembayaran lesen, saman dan sebagainya.

Apa agenda YB ni?

Benda-benda pelik dan menimbulkan kemusykilan macam FundMyHome dan Harapan Coin ini yang dapat perhatian lebih daripada Kerajaan PH.

Nasib rakyat tidak lagi terbela.

Sumber: Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155708120945952/

http://pakdin.my/tag/pakatan-harapan

(Visited 34 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Harga Gula Dunia Merudum, rejim PH Senyap-Senyap Tax rakyat

Siapa yang untung? Kerajaan kenakan cukai kepada rakyat dalam senyap? Saudagar gula? …………. Harga gula …

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: