Harga barang: Jangan terpengaruh khabar angin - pakdin.my

RON 97

Rakyat diingatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang tersebar di laman-laman sosial khususnya facebook kononnya harga barangan akan dinaikkan oleh pemain industri ekoran pengurangan subsidi petrol pada 3 September lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, khabar angin tersebut sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bertujuan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna.

“Bila sebut harga petrol nak naik lagi, kelam kabut pengguna dibuatnya. Soal barang kawalan nak naik harga atau tidak kita tunggu bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Menyemai Pokok Lestari Alam Kepenggunaan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 4 di sini hari ini.

UTAMAHarga barang: Jangan terpengaruh khabar angin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium