28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Harga Barang Tidak Turun Peniaga Pula Dipersalahkan

HARGA barang sering menjadi “tangkal” pakatan harapan memburukkan kerajaan Barisan Nasional dulu namun kini kifarah tersebut melanda kerajaan pakatan harapan pula.

Turunkan harga barang menjadi antara manifesto utama mereka untuk ditunaikan dalam masa 100 hari pemerintahan PH.

Nampaknya, manfesto turunkan harga barang ini bakal menjadi antara janji kosong PH apabila sebanyak 99 jenis barangan mengalami kenaikan yang tidak masuk akal.

Harga daging lembu dahulu cuma RM28 sahaja namun kini naik sehingga RM36. Harga Sawi dahulu cuma RM2.50 sahaja tapi kini RM5 dan banyak lagi kenaikan harga yang tidak munasabah.

Dengan mudah dan tidak bertanggungjawab Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub cuba melepaskan diri dengan memberi alasan kemungkinan berlaku unsur sabotaj di pihak peniaga yang sengaja mengenakan harga tinggi berbanding harga pasaran bagi barang keperluan pada Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini.

Dulu Ahmad Maslan dijadikan sebagai kambing hitam. Kononnya beliau simbol kenyataan bodoh menteri. Kini kita melihat lebih ramai “Ahmad Maslan” dalam kabinet Mahathir.

Hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di premis-premis sekitar ibu negara, sebanyak 99 jenis barangan mengalami kenaikan harga.

Premis-premis perniagaan yang periksa termasuk pasar raya, pasar awam, pasar basah dan lain-lain seperti kedai runcit, kedai serbaneka serta restoran.

Harga barang tidak turun sebagaimana yang dijanjikan ph namun mereka menyalahkan peniaga pula. Dengan menjadikan GST 0% dan melaksanakan SST 10% harga barang dijangka akan naik dengan lebih teruk lagi dalam masa terdekat.

Apa nak jadi dengan negara kita? Rakyat semakin tertekan dibawah kerajaan PH. Nasi sudah menjadi bubur.

Luahan rasa
Pembeli Daging Pasar

https://pakdin.my/tag/kpdnkk/






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan