25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Harga Beberapa Barang Lebih Murah Apabila GST Dilaksanakan

gst-turun-naik

Harga dijangka akan turun dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST):
-Set televisyen
-Peti sejuk
-Pendingin hawa
-Seterika
-Pengering rambut
-Lampin dan
-Minuman ringan

Barang-barang ini dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya, tetapi dengan GST dengan kadar enam peratus yang menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada bulan April, akan menjadikan barangan ini lebih murah.

Walau bagaimanapun, ada harga dijangka akan naik. Ini kerana barangan ini tidak dikenakan cukai sebelum ini, seperti:
-Komputer, komputer riba,
-IPad, telefon bimbit,
-Jam tangan dan
-Kosmetik, termasuk gincu dan pengilat kuku,

“Barang-barang ini akan tertakluk kepada kadar standard enam peratus GST,” kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Beliau berkata tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti:
-Ayam, itik, daging lembu, daging kambing
-Ikan,
-Telur
-Ikan bilis
-Beras
-Roti,
-Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
-Minyak kelapa, minyak masak kacang tanah, minyak kelapa
-Susu bayi
-Petrol RON95, diesel
-Tol dan pengangkutan awam.

Tetapi barangan makanan bukan keperluan seperti:
-Sos tomato, sos cili, sos tiram
-Mi cawan
-Tempe
-Keju, marjerin
-Telur puyuh
-Minyak jagung, minyak zaitun
-Biskut, donat dan croissant coklat akan tertakluk kepada standard enam peratus GST.

Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web.

“Dari sudut pandangan pentadbir cukai, ia adalah lebih mudah jika semuanya telah dikenakan cukai kerana ia akan menjadikan perkara ini lebih mudah untuk dilaksanakan,” kata Subromaniam.

“Tetapi kerajaan tidak berhasrat mengenakan cukai terhadap begitu banyak barangan dan mahu memastikan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak menanggung beban yang tidak perlu.

“Oleh itu, kita perlu mencari keseimbangan di antara pendapatan dan menyediakan jaringan keselamatan sosial.”

Subromaniam berkata jabatan itu telah menjalankan program dua hari sejak enam bulan lalu bagi memastikan perniagaan bersedia untuk GST dan telah melatih lebih 40,000 orang setakat ini.

Mengenai sama ada GST akan menjadi ‘berserabut’ apabila mula dikuatkuasa Subromaniam berkata: “Akan timbul beberapa isu. Jabatan Kastam telah berurusan dengan perkara ini sejak 1972 dengan SST dan kami mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk mengendalikannya.”

Berita Berkaitan

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun...

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...