Harga getah dijangka turun minggu depan - pakdin.my

Aku seorang penoreh getah
Aku seorang penoreh getah

Pasaran getah Malaysia dijangka rendah minggu depan setelah pelabur terus berhati-hati dengan pergerakan ringgit, kata seorang peniaga.

Harga bagaimanapun, diunjur kekal dalam jajaran kecil, kata peniaga itu.

Pasaran getah berakhir tinggi pada Jumaat dengan penurunan ringgit, berikutan langkah Rizab Persekutuan AS yang mengurangkan program kuantitatifnya. Minat belian yang baharu daripada pembeli seberang laut turut memberi sokongan kepada pasaran getah tempatan.

Bagi asas minggu ke minggu, harga tengah hari fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 tidak berubah daripada harga Jumaat lepas pada 753.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 8.5 sen pada 555.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 susut dua sen kepada 754 sen sekilogram berbanding 756 sen sekilogram minggu lepas manakala lateks pukal menambah 8.0 sen kepada 556 sen sekilogram berbanding 548 sen sekilogram sebelumnya.

UTAMAHarga getah dijangka turun minggu depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium