25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Harga ikan cencaru RM5 sekilo di beberapa pasar basah – 1pengguna.com

price-watch

Ikan cencaru bersaiz sederhana dijual dari RM5 sekilogram di beberapa pasar basah di seluruh negara, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Portal pengguna www.1pengguna.com kementerian melaporkan, ikan berkenaan dijual di Pasar Basah Kecil Pokok Sena, Kedah; Pasar Basah Pasir Mas, Kelantan; Pasar Basah Jelutong, Pulau Pinang dan Pasar Basah Kudat, Sabah.

Harga ikan itu lebih murah berbanding di ibu kota iaitu RM6 untuk sekilogram di Pasar Pudu, manakala di Pasar Awam Sungai Besar, Selangor dan Pasar Awam Labis, Johor; Pasar Port Dickson, Negeri Sembilan; dan Pasar Basah Parmaisuri Setiu, Terengganu, ia dijual RM7 sekilogram.

price-watch-cencaru

Ikan kembung hitam atau hijau bersaiz M juga dijual RM5 sekilogram di Pasar Umum Semporna, Sabah; RM7 sekilogram di Pasar Basah Kodiang, Kedah dan Pasar Besar Jeli di Kelantan; Pasar Awam Pasir Penambang, Selangor (RM15 sekilogram) dan RM16 sekilogram di Pasar Harian Selayang Baru, dekat sini.

Ikan kerisi bersaiz sederhana pula berharga RM6 sekilogram di Pasar Awam Bagan Datoh, Perak, Pasar Awam Jeniang, Kedah (RM6.50 sekilogram); Pasar Chabang Tiga, Terengganu (RM9 sekilogram);Pasar Sungai Rajang, Sarikei Sarawak (RM8 sekilogram) dan Pasar Balok Beserah, Pahang (RM10 sekilogram).


Sementara itu, ayam bersih super dan standard dijual lebih murah di pasar raya seperti RM4.99 sekilogram di pasar raya Jaya Grocer di Cheras Sentral di sini berbanding RM7.40 atau RM7.50 di pasar basah seperti Pasar Harian Selayang, Pasar Sentul dan Pasar Pudu.

Sekilogram kelapa parut pula dijual dari RM6 sekilogram di Negeri Sembilan, RM5 sekilogram di Selangor, Johor dan Kedah, RM4.50 sekilogram di ibu kota dan harga terendah di Melaka dicatatkan di pasar raya Jusco iaitu RM2.30 sekilogram.

Bagi sayur-sayuran pula, harga sekilogram kacang panjang lebih murah di Selangor iaitu antara RM2.50 dan RM8.59 sekilogram, Pahang (RM2.99-RM7.99 sekilogram), Johor (RM2.99-RM8.90 sekilogram), Pulau Pinang (RM3-RM7 sekilogram) dan Kuala Lumpur (RM3.88-RM14.90 sekilogram).

Sekilogram tomato pula berharga antara RM2.50 dan RM8.99 di Kuala Lumpur, Perak (RM3.35-RM8 sekilogram), Negeri Sembilan (RM3.48-RM7.30 sekilogram), Melaka (RM4.69-RM7.50 sekilogram) dan Sarawak (RM4.50-RM9 sekilogram).

Portal www.1pengguna.com membimbing pengguna bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup.

Berita Berkaitan

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun...

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...