Harga Minyak Masak Tanpa Subsidi RM3.70

Tahukah anda? harga minyak masak sepeket 1kg jika tanpa subsidi harganya ialah RM3.70 tetapi hasil subsidi atau bermaksud dibelanja oleh kerajaan, harganya yang dibeli oleh orang ramai ialah RM2.50.

Ini bukan satu promosi atau retorik politik tetapi inilah tanggungjawab kerajaan untuk memelihara kebajikan rakyat agar terus terjaga.

Kerajaan membelanjakan RM1.20 untuk satu peket minyak masak yang dijual kepada orang ramai. Kalau dijual sebanyak 10 juta peket, kerajaan menanggung belanja RM12 juta untuk subsidi berkenaan sahaja dan ia diberikan kepada semua tanpa mengira parti mana yang orang ramai sokong atau undi.

Dengan minyak masak inilah, para peniaga kecil yang berniaga makanan bergoreng kesukaan ramai dan terus mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak.

Subsidi ini sudah pun diumumkan oleh kerajaan akan kekal menjadi hak rakyat dan tidak akan ditarik balik.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) biarpun ada tekanan untuk terus bertahan dalam keadaan ekonomi global kini, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab hak rakyat tetap diutamakan tidak seperti pembangkang yang berjuang hanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Ia amat berbeza dengan pembangkang yang berjuang dengan misi hanya mencari salah BN sedangkan mereka ada pengundi dari kalangan rakyat yang perlu diambil perhatian serius berkaitan kebajikan mereka.

Masalah air pun gagal diselesaikan di Selangor. Sudah 8 kali masalah air di Selangor berlaku. Kita tunggu tengok dalam Bajet Selangor pada 31 Oktober ini apakah akan ada bajet khusus untuk selesaikan masalah air ini.

Tidak guna berbangga ada rizab sampai RM4 billion kalau masalah asas rakyat iaitu air gagal diselesaikan.

Kadangkala di Parlimen, Ahli Parlimen pembangkang ini kerap membahaskan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kebajikan rakyat di tempat yang mereka wakili sebaliknya hanya menyalahkan BN sepanjang masa.

Sebelum ini pun, di pihak mereka menyalahkan kerajaan apabila ada khabar angin yang mengatakan kerajaan bakal menarik balik subsidi RM1.20 berkenaan.

Kerajaan sudah mula dituduh zalim kerana menindas rakyat biarpun perkara itu belum sahih.

BN tetap dengan janji dan tanggungjawabnya kepada rakyat dan atas dasar itulah harga minyak masak RM2.50 itu dikekalkan untuk terus dinikmati rakyat.

20161021-minyak-masak-paket

Loading...

100 KOMEN

  1. Dikurang kan harga .. pakat seludup negeri seberang kerana nak dapatkan duit lebih.
    Dinaikan harga .. meloncat loncat macam berok marah kan pemerintah.
    X tau lah mana yg betul.
    Peniaga pula mula menyorok kan barang nak tunggu naik harga baru nak jual.
    Semua nya tiada perasaan jujur dan ikhlas. Tahu nak menindas sahaja.

    • Jap kata minyak kene tarik subsidi.bila x betol kata pulak minyak tak berkualiti…kepala bana …lepas ni ape pulak…jenis manusia yg tidak pandai bersyukur rezeki yg Masuk tidak akan pernah cukup…..maksud tak berkat….

    • Azz Mer jangan jadi banggang bang…yg kekal minyak masak dlm paket, buat research sikit pasal minyak masak dalam paket ni bagus ke x, harga minyak masak dalam botol ikot harga pasaran..harga pasaran minyak masak naik harga naik..tgok contoh mcm harga petrol pasaran dunia turun mendadak, kt malaysia turun 10 sen je…nk jadi macai biar cerdik skit bang…ni asyik kne kencing je…HIDUP MELAYU!!!!!!

    • Khalid Ahmad rmai konon nk citer psl myk msk tp xder ilmu n bodoh sombong plk bljr dlu azz mer dilarang bodoh malu kt org kg…patut pon org jamal tongkol kikiki???

    • Khalid Ahmad..ko tau ka tak tau pasal minyak ni… Klau taktau dok diam2..buat malu je klau org baca… Klau dah bodoh.. Buat bodoh dah la… Hamlau… Betoi….

    • Saharrudin Abd Rashid woi org tua, sudah2 lah tu jd bodoh, dah tua2 pon bodoh lagi, brape sen sgt lah dpt jadi macai umno…ade tenet buat lah research skit, ni tau bukak FB je mane lah xjadi banggang…

  2. Sapa kta mnyk pket rndh kualiti hang dh cek ka, yg hagpa p beli yg kitar smula tu sapa suruh bli la yg ORI cap dua udang kluarn Felda (FGV) yg lain aku xjmin la

  3. Mmg dasar pembohong…yg peket 1kg aje ada subsidi….beli yg botol confirmed harga lebih mahal…sblom budget mati2 kata x kan naik…dasar kencing kuat…

  4. ko kne phm sikit yg guna myk peket adalah dr golongan org2 kurang berpendapatan…gred myk peket adalah yg paling low gred tau..mcm mne yg botol????kne byr gst lg..

  5. Malaysia dah jadi pengimport minyak sawit lagaknya… bagus juga kalau semua komoditi tak bersubsidi… boleh-boleh nanti GST dah tak perlu lagi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini