Harga minyak mentah melonjak 6% kepada AS$31.15 setong - pakdin.my

brent crude oil price 160212

Harga minyak mentah melonjak hampir enam peratus berikutan kenyataan yang dikeluarkan menteri tenaga Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang memberi harapan ke arah mencapai pelarasan dalam pengurangan penge­luaran.

Walau bagaimanapun penganalisis melihat keadaan itu kemungkinan tidak kekal lama dengan lebih­an bekalan dijangka berterusan.

Minyak mentah Brent yang menjadi rujukan Asia dan Eropah di­niagakan pada AS$31.15 (RM129.63) setong setelah meningkat sekitar AS$1 (RM4.16).

West Texas Intermediate yang menjadi piawaian Amerika Syarikat (AS) juga mencatat peningkatan AS$1 kepada AS$27.10 (RM112.78) setong selepas mencatat paras te­rendah, AS$26.21 (RM109.08) se­tong, sejak 2003 pada sesi sebelum itu.

Menteri Tenaga Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Suhail Mohammed al-Mazrouei berkata, OPEC bersedia untuk berbincang dengan pengeks­port lain mengenai pengurangan pengeluaran.

Di sebalik harga Brent dan WTI yang tinggi, penganalisis menyaksikan peluang yang kecil bagi OPC dan bukan OPEC untuk mencapai persetujuan dalam beberapa dasar dan harga yang rendah akibat lebih­an bekalan akan berterusan.

Menurut Bank ANZ, kenyataan menteri berkenaan hanya memberi kesan yang sedikit dan kemungkinan tindak balas terhadap bekalan yang diselaraskan amat rendah.

Sementara itu, Bank Pelaburan Jefferies menjangkakan ketidaktentuan dalam harga minyak mentah tetap akan berterusan dan pasaran minyak akan mula menunjukkan keseimbangan semula pada separuh kedua tahun ini.

Harga minyak mentah menurun lebih 70 peratus sejak pertengahan 2014 selepas pengeluar menambah satu hingga dua juta tong minyak mentah setiap hari ketika berlaku­nya lebihan permintaan serta kelembapan ekonomi global dan China.

UTAMAEKONOMIHarga minyak mentah melonjak 6% kepada AS$31.15 setong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium