Harga minyak merudum akibat AS tingkatkan pengeluaran

20160913-pengeluran-minyak-mentah-us-jpg

Harga minyak jatuh dalam dagangan awal, pada Selasa, berikutan kebimbangan terhadap peningkatan penggerudian di Amerika Syarikat (AS).

Ia juga disumbangkan oleh tindakan pelabur yang mengambil keuntungan selepas harga minyak meningkat hampir satu peratus pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$47.98 satu tong pada 0109 GMT, turun 34 cents, atau 0.7 peratus, daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan West Texas Intermediate AS sudah turun 41 cents, atau 0.9 peratus, pada AS$45.88 satu tong.

9 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini