Harga Petrol: Tiada Lagi Janji Subsidi Pukal Harga Petrol Dalam Bajet Autanatif Pakatan - pakdin.my

Semalam, harga minyak RON95 dinaikkan 4sen kepada RM2.24 satu liter di bawah sistem pengapungan harga.

Tetapi, tiada sebarang ahli Pakatan membuat bising tentang kenaikkan ini kerana di dalam bajet Autanatif Pakatan, mereka juga tidak lagi setuju dengan subsidi pukal untuk harga minyak.

Bajet alternatif Pakatan hanya berjanji untuk memberi subsidi 20sen satu liter ke atas harga apungan minyak dan hanya dihadkan kepada motorsikal dan kereta di bawah 1,000cc sahaja.

Pakatan tidak lagi berjanji untuk menurunkan harga petrol kepada harga tetap RM1.50 ataupun RM1.80 satu liter.

Mungkin Pakatan sudah bersetuju dengan kerajaan dan sedar bahawa harga minyak Malaysia adalah masih antara ke-15 termurah di dunia.

Selama bertahun-tahun, kerajaan BN sudah haus menjelaskan tentang harga minyak dan mengapa subsidi pukal tidak menguntungkan negara dan mereka yang berpendapatan rendah dan hanya menguntungkan pengguna dari negara jiran  dan orang kaya yang memiliki kereta mewah.

Walaupun sudah lewat bertahun-tahun lamanya, akhirnya Pakatan semacam sudah faham.

LSS.

*******

Rujukan:

Harga petrol di Malaysia ke-15 termurah didunia

http://www.globalpetrolprices.com/gasoline_prices/

‘Kenapa turun harga petrol tak masuk bajet Pakatan?’

https://malaysiakini.com/news/210926

UTAMAPOLITIKHarga Petrol: Tiada Lagi Janji Subsidi Pukal Harga Petrol Dalam Bajet Autanatif...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium