Harga Rokok Naik Hari Ini - pakdin.my

kotak-rokok

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga tujuh jenama rokok keluarannya sebanyak 40 peratus bagi setiap kotak.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini berkata, semakan harga baharu itu mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada 1 April lalu.

“Kenaikan kos tembakau merupakan salah satu punca syarikat kami terpaksa menaikkan harga rokok,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Berikut adalah harga baharu rokok keluaran BAT Malaysia bermula 4 November 2015;

1. Dunhill (RM17)

2. Benson & Hedges (RM17)

3. Pall Mall (RM15.50)

4. Shuang XI (RM18)

5. Kent (RM17)

6. Peter Stuyvesant (RM15.50)

7. Lucky Strike (RM17.50)

UTAMAHarga Rokok Naik Hari Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium