Harga Runcit Petrol Di Malaysia Antara Termurah Di Dunia Walaupun Penggunaan Melebihi Pengeluaran. - pakdin.my

Pada 24-Apr-2017: Harga purata minyak di seluruh dunia adalah RM4.47 seliter. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang besar dalam harga ini di kalangan negara.

Perbezaan harga di seluruh negara adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti cukai dan subsidi untuk petrol.

Semua negara mempunyai akses kepada harga pasaran petroleum yang sama mengikut pasaran antarabangsa tetapi kemudian memutuskan untuk mengenakan cukai yang berbeza. Akibatnya, harga runcit petrol adalah berbeza. Malaysia juga pernah mengenakan cukai bagi penjualan diesel 19.64 sen dan RON92 58.62sen ketika pemerintahan Rejim Mahathir.

Pada 27 April 2017, harga petrol di Malaysia adalah RM2.11 seliter – kurang daripada separuh purata global dan ke-15 paling murah di dunia daripada 180 buah negara walaupun Malaysia sebenarnya adalah pengimport bersih atau pengeksport marginal minyak.

Pada tahun 1990, Malaysia menghasilkan kira-kira 600,000 barrel minyak dan menggunakan kira-kira 200,000 barrel minyak manakala jumlah kereta baru yang dijual bagi tahun itu adalah 165.861 unit.

Pada tahun 2014, Malaysia masih menghasilkan kira-kira 600,000 barrel minyak tetapi penggunaan minyak telah meningkat 700,000 barrel manakala jumlah kereta baru yang dijual telah berkembang empat kali ganda kepada 666.465 unit.

Rakyat Malaysia juga pengguna tertinggi minyak di rantau ASEAN dan ke-23 tertinggi di dunia. (kalau ikut logik Lim Guan Eng patut naikkan harga untuk mengurangkan pembaziran)

Rata-rata, rakyat Malaysia menggunakan 1.08 liter petrol bagi setiap orang sehari berbanding Singapura (0.60 liter), Indonesia (0.34 liter), Thailand (0.29 liter) dan Filipina (0.11 liter).

Malaysia adalah unik kerana harga petrol murah kurang daripada separuh harga purata global walaupun negara ini tidak menjadi pengeluar utama dan bukan pengeksport utama minyak.

Bagi memastikan harga petrol kekal kompetitif untuk penggunaan dalam negara, kerajaan membangunkan RAPID Pengerang untuk memproses minyak bersih dan menghasilkan produk berasaskan petrokimia yang minyak mentahnya dari pengeluaran dalam negara dan yang diimport dari negara rakan kongsi Arab Saudi.

Inikah ini dipanggil kerajaan yang kejam atau zalim?

LSS.

—-

Malaysia Oil production:

Malaysia Oil Consumption

Malaysia new car sales per year:

Petrol usage per capita:

UTAMAEKONOMIHarga Runcit Petrol Di Malaysia Antara Termurah Di Dunia Walaupun Penggunaan Melebihi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium