Harimau belang mati dirempuh MPV di LPT2 dekat Kemaman - pakdin.my

harimau belang mati dirempuh MPV di LPT2 - 2

KEMAMAN – Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 1 pagi ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Terengganu, Superintendan Kamaluddin Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata pemandu dan tiga penumpang MPV berkenaan selamat.

Bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT 2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar berkeliaran dan melintas.

“Berwaspada dengan haiwan seperti rusa, tapir, babi dan binatang ternakan seperti kambing, lembu serta kerbau yang berkeliaran di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. –

harimau belang mati dirempuh MPV di LPT2 - 3

harimau belang mati dirempuh MPV di LPT2 - 4

harimau belang mati dilanggar lpt2 - 1

UTAMAHarimau belang mati dirempuh MPV di LPT2 dekat Kemaman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium