32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Harimau Muda Juara Piala Newspaper 2012

Skuad Harimau Muda (bawah 21 tahun) muncul juara Piala Newspaper setelah menundukkan Vietnam Youth 1-0 pada perlawanan akhir di Pleiku, Vietnam Ahad malam.


Meskipun turun tanpa penyerang utama Syahrul Azwari Ibrahim dan A. Thamil Arasu yang mengalami kecederaan, Harimau Muda berjaya memecah benteng pertahanan lawan menerusi gol tunggal oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-57.

Pasukan negara nyata mendapat tentangan sengit daripada Vietnam Youth yang bermain di hadapan 12,000 penyokong mereka.


Bagaimanapun, aksi cemerlang penjaga gol Mohd Izham Tarmizi dan pemain pertahanan D. Kenny Pallraj telah menggagalkan beberapa percubaan berbisa Vietnam khususnya menerusi penyerang mereka Tran Phi Son.

Setelah Malaysia menjaringkan gol pada babak kedua, pasukan Vietnam tampil lebih agresif sehingga mengakibatkan pemain negara Adam Nor Azlin cedera dan terpaksa dirawat di luar padang.


Sikap penyokong Vietnam yang membaling botol ke arah pemain Harimau Muda turut mencemari perlawanan.

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan