25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Hasan Ali Bidas MB Selangor Kerana lepas Tangan Dalam Isu Murtad

Gabar hiasan pemeriksan di DUMC August tahun lalu. Mereka kata kepda pegawai JAIS tiada muslim didalam program tersebut. Maknanya mereka nak kata 12 orang yang memiliki nama islam sebenarnya telah murtad?

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali Rabu berkata kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap “lepas tangan” Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan.

Beliau berkata kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Dengan pertambahan bilangan penguatkuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang DUN mengenai isu murtad.

Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.