Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm

Global

All countries
232,465,609
Confirmed
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
All countries
207,359,597
Recovered
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm
All countries
4,759,778
Deaths
Updated on September 26, 2021 16:07 4:07 pm

Hasan Ali mungkin digugurkan jawatan

SHAH ALAM 13 Jun – Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mungkin digugurkan daripada jawatan Exco kerajaan negeri ekoran langkah Jawatankuasa Pas Pusat menggugurkan namanya daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd. Satim Diman berkata, kebiasaannya, dalam amalan politik, jawatan Exco diberikan kepada pemimpin yang mengetuai sesebuah parti yang mentadbir kerajaan negeri.

‘‘Hari ini yang membentuk kerajaan negeri adalah gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas jadi pelantikan Hasan sebelum ini sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

‘‘Dengan perubahan itu, saya yakin, Hasan bakal disingkirkan bagi memberi laluan kepada Pesuruhjaya Pas negeri yang baru,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam menggugurkan Hasan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut melibatkan perubahan kepimpinan empat negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Sabah termasuk Terengganu yang menyaksikan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas negeri itu menggantikan Datuk Harun Taib.

Mohd. Satim yang juga ADUN Seri Serdang berkata, pihaknya menganggap Hasan bukannya digugurkan sebaliknya dipecat sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

‘‘Penyingkiran Hasan kerana beliau dianggap sebagai liabiliti kepada hubungan di antara parti itu dengan PKR dan DAP di Selangor.

‘‘Lebih-lebih lagi apabila Hasan dikaitkan sebagai pemimpin Pas yang menyokong kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pucuk pimpinan Pas sebenarnya hilang keyakinan terhadap Hasan ekoran tindakannya sering dilihat tidak selari dengan pendirian Pas Pusat termasuk sekutu mereka, PKR dan DAP melibatkan isu-isu tertentu pentadbiran negeri ini.

‘‘Hasan pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila membuat kenyataan bercanggah dengan PKR dan DAP dalam isu penjualan arak, pusat hiburan, rumah urut dan sebagainya yang dikatakan semakin berleluasa di Selangor.

‘‘Beliau juga dikatakan tidak menyokong tindakan kerajaan negeri membantah pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang pada masa itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya

Berkaitan