Hasan Cabar Anwar Buat Kenyataan Rasmi Terima Keputusan Majlis Syura Ulama Pas - pakdin.my

Kalimah Allah pendirian pas

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam.

Dalam kenyataannya Isnin, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.

“Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas (setiausaha agung DAP) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS.

“Sekali lagi dalam isu kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP,” katanya.

Mesyuarat Majlis Syura Pas malam semalam memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu adalah satu tindakan terpaksa demi kelangsungan politik parti itu.

Walaupun keputusan itu selari dengan apa yang diperjuangkan Umno tetapi tindakan drastik PAS sebenarnya bukan berpaksikan tuntutan agama sebaliknya lebih kepada perkiraan politik, katanya kepada pemberita di sini.

Khairy berkata keputusan itu jelas menunjukkan PAS bukan sebuah parti yang berprinsip kerana setiap keputusan yang dibuat boleh berubah-ubah mengikut perkiraan dan keuntungan politik.

Apabila merasakan kenyataan membenarkan kalimah Allah boleh digunakan semua pihak seperti yang dibuat pemimpin parti itu sebelum ini mendapat tentangan hebat masyarakat Islam, PAS terpaksa mengubah pendirian untuk bersetuju dengan pendapat majoriti.

Kalimah Allah : Kenapa Hadi Baca Teks, Haron Din Tidak ?

AIDCNews – 13/01/13 – Rakaman di atas adalah perbandingan kenyataan berkenaan kalimah Allah yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari 2013 dan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada 4 Januari 2010.

Kenyataan Hadi pada 8 Januari 2013 menegaskan pendirian berpegang teguh kepada kenyataan asal pada 4 Januari 2010 di mana dibacakan oleh Idris Ahmad yang merupakan Ketua Penerangan Pas ketika itu.

Lebih menarik lagi pada tarikh sama, 4 Januari 2010, kenyataan PAS berkenaan isu Allah berpecah dua, di mana Hadi yang diwakili Idris menyokong, manakala Haron pula menentang. Baca seterusnya disini

UTAMAPOLITIKHasan Cabar Anwar Buat Kenyataan Rasmi Terima Keputusan Majlis Syura Ulama Pas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium