Hasrat PAS Bentang Hudud Di Dewan Rakyat Cerah - pakdin.my

hudud pakatan pembangkang

Hasrat PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud di Dewan Rakyat dilihat semakin cerah apabila cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tersenarai dalam urusan aturan persidangan.

Berdasarakan senarai aturan mesyuarat dan usul-usul persidangan pada Selasa, cadangan pindaan Akta 355 yang diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berada pada senarai ke-24 iaitu terakhir.

Cadangan pindaan itu menyentuh secara khusus mengenai Seksyen 2 Akta 355 yang menyebut:

i- menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.” ; dan ii- memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, sesuai dengan kehendak syariah Islam.”

Presiden PAS itu mengemukakan notis di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pindaan Akta 355 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015.

UTAMAPOLITIKHasrat PAS Bentang Hudud Di Dewan Rakyat Cerah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium